Kewangan

Senarai Pelepasan Cukai Taksiran Bagi Tahun 2020, Check Dulu Sebelum Isi e-Filing Ya!

3.1K
SHARES

Kebanyakkan orang masih keliru mengenai LHDN e-Filling dan pelepasan cukai bagi tahun 2020. Mulai tahun 2015, individu yang memperoleh pendapatan pengajian tahunan melebihi RM34000 (setelah pemotongan KWSP) wajib mendaftar fail cukai pendapatan.

Namun sebelum anda mengisi e-Filling, anda perlu tahu dahulu kadar cukai pendapatan dan pelepasan cukai apakah yang anda layak. Pastikan anda isi dengan betul supaya dapat faedah di masa hadapan ya!

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2020

1. RM9000 (INDIVIDU): Diri sendiri dan saudara tanggungan.

2. RM3000 (INDIVIDU O.K.U)

3. RM5000 (PERUBATAN, KEPERLUAN KHAS DAN PENJAGAAN IBU BAPA)

RM3000 (PELEPASAN BAGI IBU BAPA): Berumur 60 tahun keatas, Pendapatan tahunan kurang daripada RM24000 (TT2016 sehingga TT2020), Pelepasan ibu RM1500, Pelepasan bapa RM1500

4. RM6000 (PERALATAN ALAT SOKONGAN ASAS): Individu, Suami, Isteri, Anak, Individu O.K.U

5. RM7000 (YURAN PENDIDIKAN DIRI SENDIRI)

6. RM6000: Perbelanjaan perubatan sakit yang sukar diubati (individu, suami, isteri, anak), Pemeriksaan perubatan penuh (TERHAD RM500), Perbelanjaan rawatan kesuburan

7. RM2500 (GAYA HIDUP): Pembelian bahan bacaan, Bayaran langganan internet, Pembelian peralatan cukai dan bayaran gymnasium, Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

8. RM8000 (SSPN): TABUNGAN BERSIH

9. RM4000: Suami, Isteri, Alimoni kepada bekas isteri

10. RM3500 (SUAMI ISTERI KURANG UPAYA)

11. RM2000: Anak kurang 18 Tahun

RM2000: Anak lebih 18 Tahun masih belajar sepenuh masa (A-level, matrikulasi, pra-ijazah)

RM6000: Anak kurang upaya

RM8000: Anak lebih 18 Tahun masih belajar di IPT (Diploma keatas)

RM8000: Tambahan anak kurang upaya lebih 18 Tahun masih belajar (Diploma dan keatas)

12. RM1000 (PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN): Pembayar cukai wanita sahaja, Anak kurang 2 Tahun, Tuntutan dibuat sekali setiap dua tahun taksiran

13. RM3000 (YURAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK/TADIKA BERDAFTAR): Anak berumur 6 tahun dan ke bawah, Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri

14. RM7000 (INSURANS NYAWA & KWSP, INDIVIDU PENJAWAT AWAM BERPENCEN TERHAD RM7000 ATAU SEKALI PENJAWAT AWAM): INSURANS NYAWA/TAKAFUL TERHAD RM3000 SERTA KWSP/SKIM YANG DILULUSKAN TERHAD RM4000

15. RM1000 (PERBELANJAAN MELANCONG DALAM NEGARA): Penginapan di premis penginapan yang berdaftar, Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong, Tempoh 1/3/2020-31/12/2020

16. RM3000 (INSURANS PERUBATAN DAN PENDIDIKAN)(INDIVIDU/PASANGAN/ANAK)

17. RM3000 (SKIM PERSARAAN SWASTA DAN ANUITI TERTUNDA)

18. RM250 (PERKESO)

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelepasan cukai, sila layari laman Facebook LHDN.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×