
NIKKI HAHN, SOFIA CARSON, MALLORY JAMES MAHONEY, SABRINA CARPENTER
Adventures in Babysitting **SIARAN PERDANA**
14 Ogos, Ahad, 11 pagi
Sambut Filem Disney Channel Original Movie (DCOM) ke-100 bersama kami pada bulan Ogos ini! “Adventures in Babysitting” dibintangi pelakon popular dan penyanyi terkenal Sofia Carson (“Disney’s Descendants”, “Radio Disney’s NBT (Next Big Thing)) dan Sabrina Carpenter ( “Girl Meets World Disney Channel). Kisah yang diberi nafas baharu daripada filem terkenal 1980 ini mengikuti persaingan antara dua orang pengasuh kanak-kanak, Jenny Parker (Sabrina Carpenter) dan Lola Perez (Sofia Carson). Tontoni filem ini di Disney Channel untuk menyaksikan kisah mereka!
Adakah anda mempunyai Disney Channel Original Movie kegemaran yang anda ingin tontoni? Layari disneychannel.asia dari 20 Jun -20 Julai dan undi untuk lima DCOM kegemaran anda! 5 DCOM paling popular yang mendapat undian paling tinggi akan disiarkan di Disney Channel dari 8 hingga 12 Ogos, 8 malam!

OLIVIA RODRIGO, DEVORE LEDRIDGE
Bizaardvark**SIARAN PERDANA**
14 Ogos, Ahad, 12.30 tengahari
Adakah impian anda menjadi seorang pelawak atau penulis lagu? Apa kata anda menjadi kedua-duanya sekali? Terus saksikan Disney Channel selepas siaran perdana Adventures in Babysitting dan bergelak ketawa bersama Frankie dan Paige, dua rakan karib yang gemar menulis lagu yang kelakar dan menyiarkannya atas talian! Saksikan episod baharu setiap hari Jumaat pada 10 malam.
BOBOIBOY: THE MOVIE**SIARAN PERDANA**
21 Ogos, Ahad, 9 pagi
Saksikan filem animasi terhebat buatan Malaysia secara EKSKLUSIF di Disney Channel! Adakah BoBoiBoy dan pasukan rakan superhero akan berjaya menyelamatkan Ochobot? Siapakah Tengkotak yang sebenar dan apakah rahsia di sebalik Kuasa Sfera? Ketahuinya pada 21 Ogos jam 9 pagi!
Minggu Merdeka
29 Ogos ke 2 September, Isnin to Jumaat, bermula 10 pagi
Nikmati blok animasi ‘Buatan Malaysia’ Disney Channel sepanjang minggu ini! Tontoni Upin dan Ipin, Harry & Bunnie, BoBoiBoy dan Chuck Chicken dari 12 tengahari – 2 tengahari! Saksikan EPISOD BAHARU Upin and Ipin (Ultraman), Harry and Bunnie, BoBoiBoy dan Chuck Chicken pada 31 Ogos. Juga jangan terlepas filem kegemaran anda setiap hari pada 10 pagi, 2 tengahari dan 8 malam!