Hebahan

Senarai 26 Hospital Terpilih Sebagai Hospital Rujukan Kendali Kes Koronavirus

99
SHARES

Musim wabak influenza tak reda lagi, kini rakyat Malaysia risau dilanda penyakit misteri iaitu Novel Coronavirus (nCov-2019). Sehingga kini, cara jangkitan 2019-nCoV masih tidak diketahui dengan jelas. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

‪Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.‬ Bukan itu sahaja, pihak Kementerian Kesihatan juga turut menyenaraikan sebanyak 26 hospital terpilih untuk mengendalikan kes sebegini.

SENARAI HOSPITAL YANG TERPILIH

Kementerian Kesihatan hari ini mengeluarkan senarai 26 hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes disyaki (PUI) dan sahih bagi novel coronavirus 2019 (2019-nCoV). Daripada jumlah itu, sebanyak 15 hospital di Semenanjung, enam di Sabah, empat di Sarawak dan satu di Labuan.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, hospital terpilih di pantai barat Semenanjung adalah Hospital Tengku Fauziah di Kangar Perlis, Hospital Pulau Pinang (Georgetown), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar) dan Hospital Langkawi (Padang Matsirat) di Kedah.

Ia termasuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (Ipoh, Perak), Hospital Sungai Buloh (Selangor), Hospital Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan), Hospital Tuanku Jaafar (Seremban), Hospital Melaka dan Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru).

Di pantai timur membabitkan Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bahru), Hospital Kuala Krai dan Hospital Tumpat di Kelantan; di Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu) dan di Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan).

Di Sabah pula hospital yang terbabit adalah Hospital Queen Elizabeth serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (Kota Kinabalu), Hospital Dutches of Kent (Sandakan), Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau. Selain itu Hospital Wilayah Persekutuan Labuan juga turut dijadikan hospital rujukan bagi jangkitan virus itu.

Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (Kuching), Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu dipilih mengendali kes disyaki (PUI) dan sahih bagi 2019-nCoV.

Jangkitan kluster 2019-nCoV di seluruh negara setakat ini dalam keadaan terkawal dengan hanya empat warga China disahkan positif bagi jangkitan itu sehingga pagi ini. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×