Sihat

Saintis Malaysia Lancar CoronaTracker, Bantu Anda Dapat Informasi Sahih Coronavirus

65
SHARES

Seorang saintis dari Malaysia iaitu Dr. Lau Cher Han bersama-sama dengan lebih 400 pasukan sukarelawan dari seluruh dunia telah melancarkan website terbaharu iaitu CoronaTracker.com. Dilancarkan menerusi Facebook live pada 27 January, portal ini diwujudkan berikutan kes penularan wabak Wuhan Corona dan orang ramai boleh mendapatkan liputan paling terkini dan sahih.

CORONATRACKER PAPAR SUMBER SAHIH

Isi kandungan dalam portal CoronaTracker.com ini memaparkan pelbagai artikel dari sumber yang sahih kerana sudah ditapis oleh barisan sukarelawan yang profesional termasuklah pakar sains dan pakar perubatan. Ciri menarik dan sangat informatif lain dalam portal ini juga akan memaparkan statistik kes yang berkaitan dengan wabak tersebut.

ELAK LAMBAKKAN BERITA PALSU

Berikutan lambakan berita palsu yang disajikan di media sosial khususnya mengenai wabak ini, CoronaTracker.com juga akan membantu anda mendapatkan maklumat yang sahih seperti berapa jumlah kes, berapa jumlah pesakit yang telah disahkan dan juga angka kematian.

Statistik ini juga akan dikemaskini masa demi masa dan paling penting adalah segala data yang dikumpul adalah dikendalikan oleh pasukan perubatan profesional. Bukan itu sahaja dalam masa 36 jam, pihak CoronaTracker juga berjaya mengumpul beratus barisan pakar sukarelawan dari Malaysia, Australia, Japan, Philippines, Singapore, Taiwan, USA dan lain-lain.

Sumber: Dr. Lau Cher Han

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×