Rakyat

Dipanggil Ke Sekolah Kerana Ada Kes Positif, Ayah Ini Kongsi Pengalaman ‘Berselisih’ Dengan COVID-19

1K
SHARES

Menurut kenyataan WHO, seluruh dunia kini sedang berdepan dengan gelombang kedua wabak COVID-19 termasuklah negara kita apabila laporan terbaharu membabitkan total sebanyak 99 kes. Apa yang membimbangkan orang ramai khususnya ibu bapa adalah anak-anak yang pergi bersekolah kerana situasi di sana yang agak padat. Oleh itu, penggunaan hand sanitizer dan kerap mencuci tangan dengan sabun perlu dipraktikkan oleh anak-anak bagi mencegah diri dari terkena jangkitan wabak ini.

Namun, berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh ayah ini di laman Facebooknya dimana beliau dan ibu bapa lain dipanggil menghadiri taklimat di sekolah kerana terdapat kes COVID-19 di sekolah anaknya. Walaupun difahamkan suspek pesakit tersebut sudah menjalani home surveillance, kegusaran dalam hati ibu bapa masih tinggi!

SIRI BERSELISIH DENGAN COVID-19

Akhirnya benda yang paling digeruni netizen kebelakangan ini singgah dekat rumah aku. Lewat petang Jumaat, kami dihubungi oleh cikgu sekolah Nana melalui WhatsApp. Beliau meminta maklumat kami dalam kadar segera. Katanya untuk keperluan KKM.

Satu benda yang korang kena tahu, sekolah Nana tak menggalakkan grup WhatsApp antara guru dengan ibubapa. Kau tahu ajelah drama mak bapak sekolah rendah ni macamana. Jadi untuk cikgu sekolah menghubungi kami melalui WhatsApp, mesti ada sesuatu yang penting, terutamanya bila nama KKM dipetik dalam mesej itu.

Kami beri maklumat yang diperlukan (secara PM tepi), dan kemudian diberitahu kami perlu hadir taklimat pada Sabtu pagi. Aku memutuskan untuk mewakili Ila dan Nana. Sabtu pagi aku terus bergegas ke sekolah Nana. Sampai ke lobi sahaja dah nampak pegawai2 KKM siap dengan mask, penutup kepala dengan termometer digital di tangan. OK this is it.

DIBERI TAKLIMAT DAN PEMERIKSAAN SUHU BADAN

Aku turut serta dengan ibubapa lain diberi taklimat ringkas cara mencuci tangan 20 saat, disusuli dengan pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk dan duduk di dewan. Aku perati wajah-wajah resah mula terbit di kalangan ibubapa. Aku rasa ada lebih kurang 70 orang hadir pada pagi itu.

Taklimat dimulakan oleh wakil sekolah. Kami diberitahu bahawa terdapat kes coronavirus yang telah disahkan di sekolah itu, dan kami akan diberi taklimat oleh pihak KKM. Wajah-wajah resah semakin bertambah. Taklimat disambung oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Norashikin, PKD Johor Bahru. Kami terus diberi penerangan tentang coronavirus, COVID-19 khususnya, risiko, simptom dan prosedur KKM dalam mengendalikan kes2 yang telah disahkan.

Dari gayanya memang aku nampak beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam memberi penerangan. Tenang, jelas dan tak ada drama. Ini kerana pada penghujung taklimat, dia memberitahu dengan tanpa sorok2 bahawa anak2 kami (termasuk Anana) telah dikategorikan sebagai kontak rapat dengan individu yang telah disahkan dengan COVID-19, tapi tak ada siapa melompat. OK so good so far.

ADA KES COVID-19 DI SEKOLAH!

Beliau amat berhati-hati untuk tidak mendedahkan siapakah pesakit tersebut. Dr Norashikin menegaskan, siapa pesakit tersebut tak penting untuk diketahui kerana ia hanya akan menimbulkan stigma. Yang penting KKM dah tahu, dan telah membuat contact tracing ke atas semua individu yang telah bergaul rapat dengan pesakit itu sepanjang minggu lepas.

Jadi di sini aku faham: pesakit tersebut (kita panggil Kes X) telah hadir Mesyuarat PIBG yang diadakan minggu lepas. Oleh itu anak-anak kami mungkin telah bergaul dengan Kes X sebelum dan semasa mesyuarat tersebut. Terus wajah-wajah resah auto-upgrade menjadi gelisah. Kerana kami pun hadir mesyuarat tersebut!

Seterusnya Dr Norashikin kembali menerangkan tentang status Person in Contact (PIC) yang diberikan ke atas anak2 kami. Satu perintah kuarantin 14 hari telah dikenakan ke atas anak2 kami, yang mana mereka perlu duduk di rumah dan dipantau oleh ibubapa. Sekiranya terdapat sebarang simptom, perlu segera hubungi pihak berwajib. Beliau menerangkan pihak2 yang patut dihubungi dan prosedur2nya. Ah sudah, nak kena mintak cuti ke?

IBU BAPA MULA RISAU, AJU SOALAN BERTUBI-TUBI

Selesai penerangan, kita terus ke Sesi Soal Jawab.

Ibubapa terus melontarkan soalan bertubi2. Aku faham kegusaran yang mereka alami, tapi aku kagum dengan Dr Norashikin yang tenang menjawab semua persoalan tersebut. Walaupun ada soalan2 yang semakin keras dan berjalin dengan emosi, semuanya dijelaskan dengan tenang dan ringkas.

Cuma di sini aku nak tegur, sungguhpun Dr Norashikin cuba untuk melindungi identiti Kes X, namun ada ibubapa yang telah mendapat cebisan2 maklumat terus berkongsi melalui mikrofon. Aku yang pada awalnya tak tahu, dah jadi tahu. Bukan setakat identiti sahaja, tapi banyak lagi maklumat yang tidak didedahkan ketika maklumat telah dibentangkan ketika sesi Soal Jawab. Tapi secara tak langsung ia membantu aku lebih memahami situasi yang berlaku.

1. Sebenarnya bukan satu kes di sekolah Nana, tetapi dua. Kes X adalah seorang murid, dan merupakan anak kepada Kes W. Kedua2 mereka hadir ketika mesyuarat PIBG minggu lepas.

2. Sebaik sahaja Kes X disahkan pada petang Jumaat, KKM, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak Sekolah telah membuat gotong royong mencuci dan membersihkan kelas yang terlibat serta mana2 tempat yang dikunjungi oleh Kes X. Sungguhpun risiko transmisi rendah, mereka mengambil langkah berjaga2.

3. Malam itu kami dihubungi oleh cikgu (seperti yang diceritakan di atas). Semua contact tracing dilakukan pada malam itu.

4. Mereka yang dikenalpasti sebagai kontak rapat terbahagi kepada 3 kumpulan. Rakan sekelas Kes X, Pasukan Persembahan Tarian (Nana dalam kumpulan ini), dan mereka yang bergaul dengan Kes W pada hari tersebut.

5. Difahamkan, Kes X tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi hanya disahkan positif kerana ujian saringan yang dijalankan ke atas keluarga Kes W.

Berdasarkan maklumat2 tersebut, aku mendapat gambaran lebih jelas. Ibubapa pun nampak faham dan tenang. Aku rasa, panik kerana tak tahu sangat berbeza dengan panik bila dah tahu. Sekurang2nya tindakan yang perlu diambil adalah jelas.

Dalam situasi kami yang bekerja di universiti dan hanya mempunyai seorang anak, mungkin tak begitu sukar untuk melaksanakan perintah kuarantin tersebut. Tapi ada mereka yang mempunyai ramai anak atau bekerja dengan pihak swasta, dan perintah kuarantin ini agak sukar untuk dilaksanakan. Mereka risau kemungkinan anak mereka akan menjangkitkan anak2 yang lain, atau majikan yang tidak mahu menerima surat cuti sakit anak sebagai justifikasi cuti untuk ibubapa. Semua ini adalah situasi realiti.

DIBERI SURAT PERINTAH KUARANTIN

Selesai taklimat dan sesi soal jawab, kami diberi surat perintah kuarantin. Ia mengandungi prosedur dan kaedah pemantauan serta pihak2 yang bertanggungjawab untuk dihubungi. Aku maklumkan kepada Ila tentang perintah kuarantin tu. Aku rasa dia pun dah agak benda ni akan berlaku.

Cuma Nana memang kerap selesema dengan hingus meleleh bila ada benda yang trigger macam bulu kucing, habuk dan sebagainya. Benda yang normal ini tidak lagi boleh dianggap biasa, kerana kami tak ada kemahiran membezakan antara selesema reaktif atau selesema akibat coronavirus. Jadi kami mengambil langkah berjaga membersihkan rumah. Lantai, tombol pintu, suis dan permukaan2 di rumah habis kami sanitize. Aku ada terfikir nak sanitize kucing-kucing aku semalam, tapi tak sempat. Hari ni kot haha.

Perlu dijelaskan di sini, sungguhpun Nana dikenakan perintah kuarantin, aku dah Ila tak perlu. Tapi kami memilih untuk mengehadkan pergerakan kami dan bekerja dari rumah sebagai langkah berjaga2. Kalau ditakdirkan Nana positif COVID-19, sekurang2nya kontak rapat kami rendah. Sekarang ni aku sedang mempertimbangkan kaedah kelas online selama 2 minggu.

Apa-apa pun, yang penting tenang. Ikut prosedur KKM, mereka adalah pakar. Tak payah sogok aku dengan petua2 tak senonoh, megados vitamin C atau resepi ikan singgang. Aku asaskan page Ini Sains Beb bukan suka2 nak tagih like. Rujuklah pada yang pakar. Kalau ada apa2 perkembangan lanjut, aku akan update. Sekian dulu.

Sumber : Azari Mat Yasir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×