Teknologi

Reka Bentuk Trendy & Dilengkapi 5 Kamera AI, Pra Tempahan Huawei Nova 5T Bermula Esok!

5.4K
SHARES

Minggu lalu, Huawei nova 5T membuat kemunculan sulungnya di Malaysia dalam sebuah acara berprestij di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019. Dan semalam, telefon pintar terbaharu ini telah dilancarkan secara rasmi serta kini dibuka untuk pra tempahan.

Kualiti gambar yang lebih menyerlah

Hadir dengan 5 kamera AI iaitu 4 kamera belakang dengan 48MP Quad AI dan 1 kamera hadapan swafoto dengan 32MP AI membuatkan telefon pintar ini diyakini mampu menghasilkan gambar atau rakaman video yang sangat berkualiti walau dalam cahaya rendah dan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Kombinasi kelima-lima kamera ini beserta sistem operasi dengan teknologi terbaik daripada Huawei juga menjadikan telefon pintar Huawei nova 5T sebagai sebuah telefon pintar mid-range terbaharu yang mempunyai prestasi setanding dengan telefon pintar flagship yang lain. Pendek kata rugi kalau anda tidak memilikinya!

Prestasi terbaik dalam satu telefon pintar

Huawei nova 5T dilengkapi dengan kemaskini sistem operasi Emui 9.1 yang menjanjikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Kemaskini terbaharu ini memberi tumpuan kepada kemudahan hiburan melalui peranti mudah alih tanpa had dan berterusan seperti video panggilan masuk. Proses pemindahan dokumen, gambar dan video juga boleh dilakukan dengan lebih cepat menggunakan perkongsian tanpa wayar One Tap Share.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan GPU Turbo yang diyakini mampu mengurangkan penggunaan bateri walaupun pengguna bermain permainan mudah-alih secara berterusan. Antara kelebihan lain yang akan diperolehi menggunakan GPU Turbo ini ialah frame rates permainan yang lebih tinggi, permainan lebih lancar dan pantas serta visual permainan yang jauh lebih baik di mana fungsi HDR akan diaktifkan.

Huawei nova 5T turut didatangkan dengan Chipset 7nm pertama di dunia iaitu Kirin 980 dan ia merupakan Mobile AI Chipset yang dilengkapi dengan dual NPU serta mampu mengoptimalkan prestasi Huawei nova 5T.

Huawei nova 5T dikuasakan dengan bateri 3750mAH dan turut dilengkapi dengan 22.5W teknologi SuperCharge yang membolehkan bateri ia dicas semula sehingga ke 50% dalam masa 30 minit saja.

Dan apa yang lebih menarik perhatian kami, Huawei nova 5T hadir dalam 3 gradien warna unik dengan efek berkilau iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan warna hitam.

Jadi yang pertama untuk miliki Huawei nova 5T!

Kami difahamkan Huawei nova 5T hanya akan berada di pasaran pada 7 September 2019 dengan harga bermula RM1599. Tapi, anda sebenarnya sudah boleh mula membuat pra tempahan bagi Huawei nova 5T bermula 29 Ogos 2019 sehingga 5 September 2019.

Melalui pra tempahan, anda berpeluang menerima hadiah eksklusif Mini Speaker Huawei bernilai RM198, SuperCharge Car Charger Huawei bernilai RM127 dan PERCUMA satu tahun waranti tambahan. Tawaran ini bakal berakhir pada 30 September 2019.

Selain itu, bagi pengguna telefon pintar sedia ada nova, anda berpeluang untuk bertukar ke telefon pintar terbaharu ini melalui Level-up Program yang bakal tersedia di semua kedai Huawei bermula 7 September 2019 nanti.

Jika sudah jatuh cinta dengan peranti Huawei nova 5T, anda boleh layari laman sesawang Huawei untuk membuat tempahan awal.

MediaPad M5 Lite 10 juga dibuka untuk pra tempahan

Selain Huawei nova 5T, MediaPad M5 Lite 10 juga bakal dibuka untuk pra tempahan bermula esok dengan harga bermula RM1299. Ia yang dilengkapi dengan Multiple Eye Protection dan sistem suara yang diiktiraf Harman Kardon pasti tak mengecewakan anda.

Anda juga berpeluang untuk menerima hadiah eksklusif berupa pembesar suara mini dan Mpen bernilai RM268. Cepat tau kerana tawaran ini sangat terhad. Sebarang maklumat lanjut sila layari kedai atas talian Huawei sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×