Didik

Semakan UPU Online 2014 di upu.moe.gov.my

Semakan UPU di upu.moe.gov.my : Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA 2014


Semakan UPU Online 2014

Pada hari ini, ramai yang ke sini untuk semak keputusan UPU. Maka, kami ambil inisiatif untuk buat satu medium perbincangan di Facebook untuk berbincang tentang UPU. Jemput ke Facebook page Sembang UPU di http://facebook.com/sembangUPU

A. Untuk Semakan UPU keputusan permohonan kemasukan ke IPTA

Bagi pelajar lepasan SPM 2013, jangan lupa semak keputusan kemasukan ke IPTA untuk sesi 2014/2015. Perlu diingatkan, ada perbezaan URLyang ketara.

  • upu.mohe.gov.my – Ini ialah URL yang lama, dimana tidak lagi digunapakai. MOHE itu sendiri ialah kependekan untuk Ministry of Higher Education, yang kini tidak wujud lagi.
  • upu.moe.gov.my – Ini ialah URL yang betul.

Berdasarkan maklumat terkini pada 9 April 2014, laman web dan portal rasmi BPKP (UPU) di upu.moe.gov.my akan menyediakan informasi tentang sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat dan permohonan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier & Konvensional, METrO dan ILKA. Pihak BPKP (UPU) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan maklumat daripada mana-mana sumber lain sama ada media elektronik mahupun media massa seperti Facebook (kecuali Facebook Rasmi BPKP JPT) dan sebagainya, selain daripada maklumat yang tersiar di dalam portal rasmi BPKP (UPU). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (UPU) menasihatkan pelajar-pelajar agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang melibatkan sebarang bayaran wang tunai bagi kemasukan ke universiti. Hubungi talian hotline UPU di 03-8870 6767 untuk sebarang maklumat lanjut. Untuk panduan permohonan, sila dapatkan maklumat berikut:

Jika laman web yang diberikan di atas agak sibuk, cuba pautan alternatif di bawah:

Bagi calon lepasan SPM/setaraf

Semakan untuk Politeknik Premier Sesi Akademik 2014/2015 boleh dibuat mulai 10 Mei 2014.

Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sebelum atau pada 17 Mei 2014. Pautan surat tawaran mengikut IPTA adalah seperti berikut:

Bagi calon lepasan STPM/setaraf

  • Semakan belum dibuka (keputusan dijangka keluar bulan Ogos 2014)

B. Untuk Semakan UPU bagi ujian dan panggilan temuduga atau interview

Bagi program yang mewajibkan ‘interview’, sila semak pautan di bawah:

Bagi calon lepasan SPM/setaraf

Semakan boleh dibuat mulai 16 April 2014.

Bagi calon lepasan STPM/setaraf Semakan keputusan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 16 Mei 2014.

C. Untuk rayuan ke IPTA dan Politeknik Premier

Buat masa ini, ia masih lagi belum dibuka. Permohonan bagi lepasan SPM/setaraf secara online akan dibuka mulai 16 Mei 2014.

Pemohon boleh menghubungi talian hotline 03-88706767 dan 03-88706777 untuk sebarang pertanyaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×