Hebahan

Cara Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah Online Bagi Sesi 2018 

615
SHARES
permohonan prasekolah

Untuk makluman ibu bapa yang telah mendaftar prasekolah anak-anak sama ada secara atas talian (online) ataupun secara manual melalui prasekolah tersebut, kini anda boleh menyemak keputusan permohonan anda mulai 5 Ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017.

Berikut adalah cara menyemak keputusan permohonan prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kemasukan tahun 2018.

Cara Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah Secara Dalam Talian

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my

Pengguna boleh log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang digunakan dalam permohonan sebelum ini.

Seterusnya, klik butang SEMAKAN untuk menyemak keputusan permohonan prasekolah yang telah dipilih.

Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

semakan e-prasekolah

Cara Semakan Permohonan Prasekolah Secara Manual (Melalui Sekolah Dimohon)

Semakan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2018 melalui sekolah yang dimohon.

Pergi ke sekolah yang dimohon untuk mengetahui status permohonan prasekolah anda.

Sekiranya berjaya, anda akan menerima SURAT TAWARAN beserta maklumat lanjut tentang butiran berkenaan hari pendaftaran prasekolah tersebut.

Rayuan Permohonan Bagi Yang Tidak Berjaya

Sekiranya permohonan prasekolah secara dalam talian tidak berjaya, rayuan boleh dibuat mulai 5 ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017. Klik butang RAYUAN PERMOHONAN pada laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi butiran yang diperlukan selengkapnya.

Bagi permohonan prasekolah secara manual yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan melalui sekolah yang dimohon atau Pejabat  Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

Keputusan rayuan permohonan prasekolah ini dijangka akan diumumkan 10 September 2017 (tertakluk kepada pindaan) dan boleh disemak semula dengan cara yang sama.

permohonan prasekolah online

Foto Kredit: hmetro.com.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan semakan permohonan prasekolah yang telah dibuat, anda boleh kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat [email protected].

Bagi yang belum membuat permohonan, permohonan secara atas talian telahpun ditutup bagi tahun ini. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mendaftar secara manual jika prasekolah tersebut masih ada kekosongan. Berhubung terus dengan pihak prasekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permohonan ini selengkapnya.

Rujuk artikel INI untuk menyemak cara permohonan prasekolah online yang lalu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×