Sihat

Kasihan Tengok Selesema Bayi Meleleh-Leleh, Cuba 5 Petua Ini, Biar Cepat Baik!

13
SHARES
selsema bayi

Selesema biasa terjadi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Antara simptonnya adalah hidung tersumbat serta berair. Walaupun ia kelihatan tidak membahayakan namun, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya selsema bayi berlarutan sehingga membuatkan mereka tidak dapat bernafas secara normal.

Sebagai langkah berjaga-berjaga di rumah, anda boleh amalkan beberapa petua hilangkan selsema bayi di bawah untuk melegakan pernafasan mereka. Kasihan tengok kalau anak tak boleh bernafas gara-gara hidung tersumbat. Betul tak?

Baca juga: 9 Cara Turunkan Darah Tinggi Secara Semulajadi, Boleh Cuba!

SELSEMA BAYI MAKIN TERUK? 5 PETUA NI MEMANG MENJADI

selsema bayi

Untuk membuatkan anak selesa dan semakin baik, cuba petua ini:

1. MINUM AIR SECKUPNYA

Pastikan mereka minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Jangan minum air manis atau bikarbonat pula ya, hanya air putih sahaja. Untuk bayi yang belum boleh minum air kosong, boleh berikan susu ibu atau susu formula dalam kuantiti yang biasa diminum tanpa perlu menambah kuantiti air.

2. GUNA ALAT SEDUT HINGUS

Penyedut hingus atau nasal aspirator sebenarnya air garam dan boleh dapatkan di farmasi mengikut kesesuaian. Cara penggunaanya adalah spraykan sahaja pada hidung bayi untuk bersihkan hingus dalam hidung.

selsema bayi

3. MADU & LOZENGES

Jangan berikan madu kepada bayi di bawah usia satu tahun kerana tidak sesuai. Untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun, cuba setengah sudu teh madu. Untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 pula, cuba satu sudu teh madu. Untuk kanak-kanak 12 atau lebih, boleh cuba dua sudu teh madu.

Ubat batuk dan lozen boleh diberikan kepada anak berusia 4 tahun ke atas sahaja. Jangan berikan kepada bayi kerana boleh tercekik. Perlu dapatkan nasihat doktor untuk sebarang jenis ubat.

4. PERSEKITARAN BERSIH & SELESA

Kadang-kadang tak perasan pun yang persekitaran kita sebenarnya kotor dan boleh menjadi punca anak selesema. Perlu diingatkan sekiranya si ayah merokok, tabiat itu perlu dihentikan segara kerana akan menganggu saluran pernafasan bayi.

Walapun dah merokok jauh tapi sebenarnya tanpa kita sedari anak boleh jadi ‘perokok ketiga’ di mana kesannya lebih teruk berbanding perokok utama. Bahaya kan?

selsema bayi

5. BAWANG PUTIH 

Selain digunakan dala masakan, bawang putih juga berfungsi untuk mencegah penyakit kerana mengandungi antioksidan yang kuat untuk melawan virus.  Boleh cuba masak sup dengan hirisan bawang putih yang banyak. Memang menjadi tau.

Diharapkan petua di atas dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk merawat selesema anak namun, sila bawa anak ke klinik sekiranya semakin teruk.

Sumber rujukan:

    1. Mayo Clinic, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/common-cold-in-babies/diagnosis-treatment/drc-20351657
    2. Healthy Children, https://healthychildren.org/English/health-issues/conditions/flu/Pages/caring-for-Your-childs-cold-or-flu.aspx
    3. Sinar Harian, https://www.sinarharian.com.my/article/25391/sinar-aktif/kurangkan-selesema-kanak-kanak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×