Famili

Selepas Sedekad, Lelaki 67 Tahun Baru Tahu Ada Alat Sulit Wanita!

13
SHARES

Seorang lelaki dari Kosovo berusia 67 tahun dikesan mempunyai organ pembiakan wanita selain alat kemaluan lelaki yang normal, lapor Utusan Malaysia baru-baru ini.

Warga emas yang telah berkahwin itu, mengetahui masalah yang dialami beliau selepas mengunjungi sebuah hospital berdekatan dan mengadu mempunyai ketulan yang membengkak di pangkalan pahanya sejak 10 tahun lalu.

Baca juga: Bintang Youtube Hidap Penyakit ‘Benjamin Button’ Meninggal Dunia

SELEPAS SEDEKAD, LELAKI 67 TAHUN BARU TAHU ADA ALAT SULIT WANITA

Sumber asal Daily Mail melaporkan, pakar perubatan terkejut apabila mendapati bonjolan di bahagian kemaluannya sebenarnya mengandungi testis dan alat kemaluan wanita.

Ketulan tersebut akan menjadi lebih besar semasa lelaki itu berdiri atau batuk. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dia mengalami ketulan itu sejak lahir.

Pakar bedah memeriksa benjolan 15cm kali 10cm itu, untuk mengesan rahim, serviks, tiub fallopio dan ovari, serta testisnya yang hilang.

Doktor mendiagnosis lelaki yang miliki tiga orang anak itu, mempunyai sindrom Persistent Mullerian duct (PMDS). Di mana, keadaan ini sangat jarang berlaku apabila lelaki juga mempunyai organ pembiakan wanita bersama zakar dan skrotum mereka.

Penghidap PMDS berisiko lebih tinggi untuk menjadi mandul, tetapi doktor menyatakan keadaan itu tidak pernah menjejaskan sistem reproduktifnya. Oleh kerana dia mempunyai anak dan zakarnya berkembang baik dengan lubang uretra di tempat yang betul.

 

Kes unik ini sehingga kini, menyebabkan sesetengah kanak-kanak lelaki dilahirkan dengan kedua-dua set organ pembiakan dan hanya 200 kes pernah dilaporkan dalam dunia perubatan.

Lapor media lagi, gejala penyakit ini termasuk buah zakar yang tidak turun dan hernia di pangkal paha, serta organ wanita biasanya tidak ditemui melainkan pembedahan dilakukan.

Kes tersebut didedahkan dalam Laporan Kes Urologi oleh pakar perubatan dari University of Prishtina di Kosovo.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×