Famili

Bintang Youtube Hidap Penyakit ‘Benjamin Button’ Meninggal Dunia

64
SHARES

Harian Metro melaporkan, seorang gadis yang dikenali sebagai Adalia Rose, 15, yang menderita ‘Benjamin Button’ telah meninggal dunia pada Rabu lepas.

Bintang Youtube remaja popular daripada Amerika Syarikat itu, menghidap penyakit itu atau bahasa mudahnya adalah sindrom penuaan yang terlalu cepat semenjak beliau dilahirkan.

Baca juga: Gara-Gara Selalu Memancing, Isteri Tekad Mahu Lelong Suami

BINTANG YOUTUBE HIDAP PENYAKIT ‘BENJAMIN BUTTON’

Beliau menjadi terkenal dan telah memberi inspirasi kepada orang ramai selepas tampil berkongsi kisah hidupnya dengan keadaan jarang jumpa dikenali sebagai Progeria.

Ia menjadikan kulit dan rupa parasnya menjadi jauh lebih tua berbanding usia sebenar. Penderitaan beliau sejak lahir itu, turut menyebabkan masalah pada pertumbuhan, suara serta sendi.

Keluarganya menyifatkan kematian remaja itu sebagai ‘menamatkan’ penderitaan gadis itu, kata mereka menerusi perkongsian berita sedih itu di Facebook.

“Pada jam 7 malam, 12 Januari 2022, Adalia Rose Williams, pergi dari dunia ini.

“Kami berterima kasih kepada semua atas kasih sayang dan sokongan kepadanya.

“Terima kasih juga kepada semua doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus memastikannya sihat untuk beberapa tahun ini,” kata wakil keluarga kepada remaja itu, menerusi akaun Ryan Natalia Pallante yang dilaporkan Daily Star.

Salah satu kemunculan beliau di YouTube pada 2018, berjaya meraih lebih 170 juta tontonan dalam satu platform video perkongsian video.

Malah, peribadinya yang ceria itu meraih jutaan peminat di Facebook dengan memberikan komen positif, selain memberi inspirasi kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Dilaporkan, hanya 500 individu di dunia mengalami keadaan sama seperti itu dan biasanya jangka hayat mereka singkat, dan dapat hidup 13 tahun sahaja.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×