Famili

Selepas 10 Bulan Kahwin Baru Tahu Suami Sebenarnya Perempuan!

302
SHARES

Seorang wanita di Jambi, Indonesia terkejut selepas mendapat tahu bahawa ‘suami’ yang dikahwininya selama 10 bulan sebenarnya seorang perempuan!

Baca juga: Seronok Tengok Adibah Noor Kurus Tapi Sihat Ke Diet 6 Sudu Suapan Ni?

SELEPAS 10 BULAN KAHWIN BARU TAHU SUAMI SEBENARNYA PEREMPUAN!

Menurut laporan Detik, Mawar (nama samaran), mengetahui hal tersebut apabila dia menjadi saksi isu pemalsuan sijil ijazah kolej ‘suaminya’ itu. Mawar telah tinggal bersama-sama suaminya lebih kurang 10 bulan. Semasa perbicaraan, Mawar berkata bahawa dia sama sekali tidak mengesyaki suaminya itu merupakan seorang wanita. Malah, dia percaya bahawa suaminya itu merupakan seorang lelaki tulen dan bekerja sebagai doktor.

Pada awalnya, dia mengaku sebagai seorang doktor secara profesion dan memiliki banyak kelulusan ijazah akademik serta melanjutkan pelajaran di luar negara dengan biasiswa dari lima fakulti sekaligus,” jelasnya dalam sidang perbicaraan tersebut, lapor detik.

Mawar juga berkata, pada awal perkenalan mereka bermula dengan satu aplikasi dating. Ketika itu, panampilan suaminya itu adalah seperti seorang lelaki yang tinggal di Kabupaten Lahat, Indonesia. Selain itu, perkenalan mereka berdua juga dianggap singkat dengan suaminya yang sebenarnya perempuan bernama Eryani. Mereka berdua hanya mengambil masa selama dua minggu untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Sepanjang berada di rumah Mawar, dia juga dikatakan sangat berkelakuan baik. Oleh kerana mengaku bekerja sebagai doktor, Mawar juga sempat meminta Eryani membantu menjaga ibu bapanya yang sedang sakit ketika itu.

“Sempat merawat ayah saya yang akhirnya saya percaya bahawa dia itu seorang doktor. Dia lakukan pemeriksaan ke atas ayah saya dan mencadangkan ubat-ubatan, saya cuma beli. Datang ke rumah, benda pertama yang dia buat check kesihatan orang tua saya dulu,” jelasnya lagi, lapor Detik.

Mawar kemudian diminta untuk melaksanakan pernikahan tidak berdaftar (nikah siri) oleh wanita itu selepas menerima nasihat daripada keluarga Mawar dan ibu bapa angkat Eryani yang hanya berhubung melalui telefon.

Mawar mengaku bahawa di telah dinikahkan oleh Imam Sarwono yang juga bertindak sebagai wali hakim kerana ayahnya tidak dapat hadir atas faktor kesihatan ketika itu begitu juga dengan ibunya. Bermakna, kedua ibu bapa Mawar tidak menyaksikan perkahwinan mereka.

SELALU BERTANYAKAN IDENTITI SUAMI

Sepanjang perkahwinan itu, Mawar kerap kali bertanya tentang identiti suaminya itu, namun dia sering kali mengelak dan memberi pelbagai alasan untuk menutup identiti sebenarnya.

Mawar juga mengaku bahawa dia tidak pernah berhubung dengan keluarga kandung suaminya. Dia hanya dibawa ke Lahat untuk bertemu dengan ibu bapa angkatnya dan tinggal di sana selama sebulan. Semasa menumpang di rumah ibu bapa angkat suaminya, Mawar tidak dibenarkan berinteraksi.

Mengenai profesionnya sebagai seorang doktor, Mawar sering bertanya hal itu kepada suaminya, namun suaminya sering saja mengelak dari menjawab pertanyaan itu. Mawar mengaku bahawa ketika bertemu dengan suaminya, dia bekerja sebagai doktor dan baru sahaja tamat pengajian di sebuah universiti di New York.

Mawar mendapat tahu suaminya itu sebenarnya seorang wanita ketika mereka kembali ke Jambi setelah melarikan diri ke Kabupaten Lahat Sumsel. Malah ketika itu, ibunya juga telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa atas pemalsuan ijazah yang akhirnya didakwa ke mahkamah di Jambi.

Ketika di Jambi, ibu Mawar memaksa untuk Ahnaf Arrafif atau nama sebenarnya Eryani untuk membuktikan kelamin lantaran sudah mengetahui jantina sebenarnya. Setelah dibuktikan, benarlah bahawa dia sebenarnya seorang wanita dari kelamin yang dia ada.

Sumber: Detik.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×