Nur

Teks Selawat Maulidur Rasul Oleh JAKIM. Versi Rumi & Jawi (Boleh Print PDF)

62
SHARES
panduan teks selawat maulidur rasul

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan tahunan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW.

Salah satu tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Menurut Majlis Agama Islam Selangor, pandangan sebahagian ulama seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya,

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, ini adalah kerana ia bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.

(Riwayat Muslim)

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Berdasarkan penjelasan dan rujukan oleh ulama, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa hukum sambutan Maulidur Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah.

Walau bagaimanapun ia hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
  • Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW.
  • Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin.

Foto Kredit: maidam.gov.my

Kelebihan Selawat Nabi SAW

Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Berhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan:

“Katakanlah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Teks Selawat Maulidur Rasul Oleh JAKIM

Berikut dikongsikan panduan selawat Maulidr Rasul yang pernah diterbitkan oleh JAKIM.

Bacaan Selawat Maulidur Rasul dalam rumi :

Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika

Ashraqa’l Badru ‘alaina
Fakhtafat Minhu’l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra’aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu’s-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa ‘arusa’l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama’l Qiblataini

Man-Ra’aa Wajhaaka Yas’ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka’s-Saafi’l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

‘aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da’awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee’a
Bijamee-‘is-Saalihaati

Wa Solaatullah ‘ala Ahmad
‘Adda Tahri-Ris Su-Tuuri
Ahmadul Hadii Muhammad
So-Hibul Wajhil Muniiri

Allahumma Solli Wasallim Wa Baarik Alaih

KOLEKSI TEKS SELAWAT KE ATAS NABI

(Oleh Jabatan Agama Islam Selangor)

 

teks solawat nabi

 

 

selawat nabi jawi

teks maulid rumi

selawat maulidur rasul

selawat maulidur rasul

Selawat Maulidur Rasul PDF

Print / Cetak Versi PDF di pautan INI.

https://www.jais.gov.my/v2/dl.php?filename=Koleksi%20Selawat%20Ke%20Atas%20Nabi.pdf

 

Lirik Selawat Maulidur Rasul

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Selawat Nabi, Munajat & Doa Selamat

Koleksi selawat Nabi di bawah ini pula disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

koleksi selawat nabi

koleksi selawat nabi

koleksi selawat nabi

Semoga koleksi selawat Maulidur Rasul ini dapat menjadi panduan untuk kita semua.

Insha Allah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×