Nur

Selalu Terlepas Waktu Solat? Download Aplikasi Waktu Solat Malaysia Yang Serba Lengkap Ini

17
SHARES

“Dah masuk waktu solat ke belum eh? Dah azan ke tadi?”

Ini merupakan antara situasi yang selalu kita alami. Mengetahui waktu solat secara tepat adalah penting untuk kita menunaikan ibadah yang wajib pada masa yang telah ditetapkan. Namun masih ramai dalam kalangan kita yang sering tertanya-tanya dan keliru dengan waktu solat kerana tidak mempunyai aplikasi solat yang lengkap di dalam telefon bimbit.

Oleh itu, apa kata anda muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia 2019 yang mempunyai ciri penggunaan yang selesa dan lengkap dengan info agama. Yang pastinya, bukan sahaja mendapatkan ‘update’ waktu solat dengan tepat, aplikasi ini juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk penyucian rohani anda.

1. Boleh tahu waktu solat dengan mudah!

Dengan adanya aplikasi Waktu Solat Malaysia di gajet canggih, anda tidak perlu lagi tercari-cari bunyi azan dari masjid yang jauh dari lokasi anda. Mudah sahaja, buka aplikasi ini di dalam telefon bimbit dan waktu solat yang lengkap akan dipaparkan. Aplikasi ini juga tidak sukar untuk digunakan, dari golongan tua sehingga ke kanak-kanak pun boleh guna.

2. Berdasarkan waktu solat dari E-JAKIM

Untuk pengetahuan anda, segala waktu solat yang dipaparkan adalah dari sumber digital yang diyakini iaitu dari aplikasi E-JAKIM. Jadi, tiada masalah untuk anda ragu-ragu dengan waktu solat yang dipaparkan ya!

3. Waktu solat lengkap

Mungkin ada sesetengah aplikasi yang tidak memaparkan waktu solat yang lengkap bukan? Aplikasi Waktu Solat Malaysia pastinya akan memaparkan 5 kali waktu solat termasuk solat Dhuha dengan lengkap!

4. Waktu solat seterusnya akan diberitahu

Bukan sahaja mempunyai waktu solat yang lengkap, malah waktu solat yang seterusnya juga diberitahu dan mempunyai kotak ‘bold’. Dengan ini, anda dapat menyusun dan menyelesaikan tugas pada waktu yang sesuai dan bersiap sedia untuk solat kerana sudah mengetahui waktu solat yang seterusnya.

5. Boleh cari Kiblat

Buat anda yang selalu melancong, pastinya susah untuk mengetahui kiblat solat terutamanya apabila berada di negara yang majoritinya bukan Muslim kan? Jangan risau, aplikasi ini juga mempunyai kemudahan mempamerkan kiblat solat dengan mudah. Buka sahaja aplikasi ini dan anda akan nampak lambang Kaabah sebagai penuju arah.

6. Jangan risau kalau ke Brunei, Singapura, Indonesia

Untuk anda yang selalu travel ke tiga negara jiran kita ini tidak perlu risau. Aplikasi ini juga boleh digunakan pakai sekiranya anda berada di sana.

7. Ada juga kalendar Hijrah

Ini merupakan antara detail yang penting di dalam aplikasi solat. Memaparkan kalendar Hijrah juga turut dimasukkan ke dalam aplikasi Waktu Solat Malaysia. Memang mudah untuk anda mengetahui bulan dalam kalendar Islam supaya dapat menjalankan ibadah sunat kan?

8. Siap ada alarm solat!

Lupa nak solat? Kini tidak lagi dengan adanya aplikasi Waktu Solat Malaysia kerana mempunyai alarm. Bukan sahaja mempunyai azan yang kuat dan jelas malah boleh juga dijadikan sebagai ‘alarm’ terutama untuk solat Subuh.

9. Auto- location kalau anda travel

Kelebihan lain untuk anda yang suka travel adalah waktu solat akan mengikut kepada lokasi anda. Jadi, anda tidak perlu lagi Google atau bertanyakan orang luar tentang waktu solat lokasi tersebut. Buka sahaja dalam gajet canggih anda.

10. Dah ada night mode

Sakitnya mata! Khas untuk anda yang selalu mengalami silau mata, aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga telah menerapkan elemen night mode untuk keselesaan mata. Setiap kali anda mahu membuka aplikasi ini, mata anda tidak akan dikejutkan lagi dengan pancaran cahaya skrin gajet yang terlampau cerah.

*Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Android dan IOS untuk dapatkan waktu solat yang tepat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×