Sihat

Selain Dari Cegah Kehamilan, Ini 7 Kelebihan Pil Perancang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

520
SHARES

Berbanding kaedah implan atau suntikan, pil kontraseptif atau pil perancang dilihat sebagai kaedah mencegah kehamilan yang popular dalam kalangan wanita Malaysia. Sungguhpun begitu, masih ramai wanita masih berasa takut dan teragak-agak untuk mengambilnya. Ini kerana kita kurang didedahkan dengan fakta sebenar pil perancang akibat salah tanggapan yang berleluasa di media. Jadi, ini adalah sedikit penerangan tentang kelebihan penggunaan pil perancang dari pakar untuk informasi anda.

Ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan pil perancang selepas hamil perlulah tahu cara dan langkah yang betul untuk mengambil pil ini. Jangan suka-suka ya ambil tanpa nasihat doktor. Dr. Zubaidi berkata secara amnya ibu menyusu boleh memulakan mini pill, 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap.

Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Ibu-ibu yang memberi susu formula pula boleh mula mengambil pil perancang 3 minggu selepas bersalin.

3 cara untuk mula makan pil perancang

1. Cara cepat

Selepas temujanji dengan doktor, ambil pil pertama anda. Ambil pil ke-2 keesokan harinya. Dalam 7 hari pertama mula makan pil hormon, gunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.

2. Mula pada hari Ahad

Anda boleh memilih untuk mula makan pil hormon pada hari Ahad, supaya anda tak akan datang haid pada hujung minggu. Ini adalah alternatif bagus untuk ibu-ibu yang suka beriadah pada hujung minggu dengan keluarga. Sama seperti kaedah di atas, anda perlu menggunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.

3. Mula pada hari ke-5

Pada hari ke-5 datang haid, ambil pil pertama anda. Rutin untuk kawal makan pil perancang secara harian pil perancang Terdapat juga app seperti ini yang boleh mengingatkan ibu-ibu masa untuk mengambil pil perancang.

Ambil pil perancang anda setiap hari dan pada masa yang sama. Ada aplikasi dalam telefon yang boleh memudahkan anda untuk mengatur rutin ini. Jangan lupa muat turun! Di sini kami sertakan beberapa petua supaya anda tidak lupa untuk mengambil pil dan terus mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang:

-Pilih masa yang sesuai untuk mengambil pil setiap hari. Cara baik untuk sentiasa ingat ialah ambil pil selepas berus gigi, sarapan pagi, atau pun sebelum tidur.

-Gunakan kalendar anda. Tanda hari anda akan mula makan pek baru. Tanda juga pada kalendar selepas anda telah ambil pil.
Semak lagi. Setiap pagi, periksa pek pil untuk memastikan anda betul-betul telah mengambil pil hormon anda semalam. Jika anda mendapati anda telah tertinggal satu, ambil pil itu dengan segera.

-Jika ibu-ibu ada pertanyaan lain atau masih kurang pasti tentang cara yang betul tapi malu untuk tanya doktor, anda juga boleh tanya dengan jururawat yang bertugas.

Sumber : Dr Izzat , WebMD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×