Famili

Selain Bedak Bayi, Ini Tips Lain Mengelakkan Si Manja Anda Mengalami Ruam Panas. Mudahnya!

9.6K
SHARES

Cuaca sekarang makin tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Risau pula kalau kulit kita mudah terdedah pada kegatalan, ruam dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan kulit si manja anda yang lebih sensitif? Lagi risau dibuatnya! ?

Dah jadi rutin ibu-ibu lepas mandikan bayi, sapu baby powder. Kalau tak buat macam tak lengkap. Lagi-lagi jika kulit si manja anda jenis sensitif. Tapi bila guna baby powder ni, bersepah habis. Kami nak kongsikan satu benda untuk elak ruam panas pada badan bayi selain menggunakan baby powder. Meh tengok!

Gunakan Ezerra Liquid Talc, kulit si manja lebih selesa & bebas daripada kegatalan!

Kepanasan yang melampau membuatkan si manja anda menjadi rimas dan kulit mereka mulai terjejas. Akhirnya mereka terdedah pada ruam panas. Ruam panas ni biasanya berlaku pada bulan pertama kelahiran bayi. Peningnya macam ni! ?

Bagi mengelakkan si manja terkena ruam panas, anda boleh menggunakan Ezerra Liquid Talc. Produk ni merupakan bedak pertama yang berbentuk cecair. Bila pakai, ia memberi kesan kering dan menyejukkan kulit bayi. Si manja akan rasa seperti memakai bedak. Sangat selesa.

Bahan semula jadi, dijamin selamat untuk si manja yang baru lahir

Selamat ke nak guna produk ni pada badan bayi saya?

Pasti soalan ni mula bermain di fikiran bukan? Maklumlah para ibu pasti risau untuk menggunakan produk pada badan bayi mereka. Mana boleh guna sembarangan! ?‍♀️

Ezerra Liquid Talc menggunakan Tapioca Starch, sejenis tumbuhan semula jadi. Produk ni membantu menyerap minyak dan kelembapan yang berlebihan pada kulit bayi. Ia juga mengelakkan pori-pori pada kulit bayi tersumbat akibat cuaca panas. Pasti selamat!

Tapi bayi saya dah pun terkena ruam panas. Macam mana ni?

Kalau dah terkena ruam panas pun masih boleh guna Ezerra Liquid Talc ni. Sebab produk ni ada tambahan Stimutex. Boleh melegakan kegatalan dan ketidakselesaan pada kulit si manja akibat ruam panas.

Sambil menjaga & melegakan, si manja pun tak nangis lagi

Para ibu mesti stres kalau bayi selalu mengalami kegatalan dan ruam. Si manja ni kalau rasa tak selesa, terus menangis. Kadang-kadang kita sebagai ibu ni tak dapat tidur, makan dan lain-lain. Bukan apa, sebab risaukan si manja. Betul tak? ?

Tapi kalau anda menggunakan Ezerra Liquid Talc, terus selesai masalah. Lebih-lebih lagi, produk ni mengelakkan bayi anda daripada berpeluh secara berlebihan dan terhindar daripada mengalami ruam panas. Bila pakai produk ni, bayi anda akan tenang dalam masa beberapa minit sahaja. Wow!

Apa yang dapat kami katakan, Ezerra Liquid Talc ni bukan setakat menjaga kulit bayi supaya kering dan lembut sahaja. Produk ni juga membantu melegakan kegatalan. Sambil menjaga, sambil melegakan. Tiada lagi tangisan si manja. Bagusnya! ?

Nak cuba Ezerra Liquid Talc untuk si manja? Lagi menarik, ada hadiah gempak nak bagi kat anda tau! ? ?

Pemberian hadiah Ezerra Liquid Talc Sample Kit, dapatkan segera!

Bermula 18 Oktober 2018, ada pemberian hadiah Ezerra Liquid Talc Sample Kit untuk anda yang menjadi pengguna baru. Macam ni nampaknya kenalah angkat satu. Bukan biasa-biasa. Siapa tak nak, memang rugi. First come, first serve. Baik cepat! (klik sini kalau nak Ezerra Liquid Talc Sample Kit)

Nak info lebih lanjut tentang Ezerra Liquid Talc? Klik sahaja mana-mana link di bawah ya! ?

Ezerra Liquid Talc
Website: https://ezerraskinbasics.com/
Facebook: https://www.facebook.com/ezerraliquidtalc/

Sambil pakaikan Ezerra Liquid Talc, jangan lupa pakaikan baju yang longgar dan selesa untuk mereka juga okay? Semoga kulit si manja anda sentiasa terjaga daripada kegatalan. Yay! ?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×