Rakyat

‘Sekolah Tumpang’ Di Sabah – KPM Optimis Untuk Selesaikan Isu Ini Demi Keselesaan Pelajar

1.8K
SHARES

Bagi anda yang tak familiar dengan ‘sekolah tumpang’ ia boleh diertikan sebagai sekolah menengah menumpang di sekolah rendah, sekolah rendah menumpang di bangunan sekolah menengah ataupun sekolah rendah menumpang di sekolah rendah.

Situasi ‘sekolah tumpang’ jarang berlaku di Semenanjung tetapi sesetengah kawasan di Sabah, isu ‘sekolah tumpang’ masih wujud. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) optimis mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

Bagi Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin isu berkenaan adalah salah satu perkara diberikan perhatian oleh pihaknya sepanjang tempoh lawatan beliau ke Sabah yang sudah memasuki minggu ketiga.

Murid perlukan ruang belajar yang lebih kondusif

Bagi Dr Radzi Jidin, penting untuk murid dapat belajar dalam suasana lebih kondusif di sekolah. Ini supaya mereka dapat lebih fokus ketika sesi pembelajaran.

“Di Sabah berdasarkan rekod setakat ini terdapat 23 sekolah yang menumpang di sekolah lain. Bagaimanapun, kebanyakkan isu ini membabitkan sekolah menengah menumpang bangunan sekolah rendah. Seingat saya ada dalam belasan sekolah manakala sekolah rendah menumpang sekolah menengah hanya terdapat dua sekolah sahaja.”

KPM beri tumpuan khusus kepada sekolah yang perlukan keutamaan mendesak

Keutamaan KPM adalah untuk sekolah yang memerlukan keutamaan mendesak seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon, Kota Marudu di mana proses pembinaan akan cuba dipercepatkan oleh pihak KPM supaya semua pelajar yang kini menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon dapat berpindah ke sekolah baharu.

“Perkara ini mengambil sedikit masa untuk menyiapkan sekolah terbabit manakala sekolah lain yang menghadapi masalah sama, kita akan lihat serta usahakan supaya peruntukan diselaraskan, berdasarkan prioriti memandangkan tahun 2020 sudah memasuki September”

SMK Langkon antara sekolah yang paling terkesan

Berada dalam keadaan yang daif di samping fasiliti yang tak memadai, SMK Langkon yang terletak di Kota Merudu amat memerlukan bantuan dari pihak berkenaan. Bukan saja mereka perlu menumpang di Sekolah Rendah Langkon, tapi, pelajar mereka juga terpaksa ditempatkan di bawah kolong bangunan kelas SK Langkon.

Menurut Dr Radzi, bangunan sekolah berkenaan sepatutnya sudah lama siap namun tertangguh disebabkan beberapa perkara. Beliau berharap agar projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin berikutan pihak beliau telahpun membuka tender dan akan diselaraskan dalam masa terdekat.

Semoga semua usaha KPM di Sabah ini dapat dilaksanakan dengan lancar!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×