keselamatan

Sekolah Pertama Di Pulau Pinang Diarah Tutup, Pelajar Dijangkiti Virus Influenza A

526
SHARES

Kebelakangan ini, virus Influenza A sering dibualkan kerana kes ini sedang meningkat. Dengan cuaca yang tak menentu, memang mudah untuk anak-anak kena serangan demam dan selesema. Agak sukar untuk mengawal jangkitan selsema dan demam kerana ia sangat mudah berjangkit dan kebersihan perlu sentiasa dijaga. Oleh kerana virus Influenza A ini juga, sebuah sekolah di Butterworth Penang diarah untuk tutup.

SEKOLAH TERPAKSA TUTUP

Berdasarkan Sin Chew Daily & World of Buzz, virus ini sudah tersebar dan lebih mengejutkan, sekolah di Butterworth, Penang terpaksa ditutup untuk pastikan murid-murid lain tidak dijangkiti.

BEBERAPA ORANG PELAJAR TELAH DIJANGKITI

Sekolah digesa tutup kerana 18 orang murid dari sekolah SRJK (C) Li Hwa Butterworth, Penang telah dikesan dijangkiti oleh virus itu. Dua kelas dari darjah dua telah terjejas yang mempunyai seramai 36 orang murid untuk satu kelas.

DITUTUP HINGGA 20 JANUARI 2020

Dalam masa yang sama, beberapa orang murid lain juga yang  mempunyai simptom untuk dijangkiti virus itu. Jadi, sekolah itu digesa tutup sehingga 20 Januari 2020. Pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan akan dihantar ke sekolah untuk acara pembasmian kuman. Sekolah itu telah membuat pengumuman bahawa sekolah terpaksa ditutup melalui laman Facebook sekolah itu.

*Buat siapa yang mempunyai simptom Influenza A, pakai topeng muka ketika keluar dan minum air secukupnya!

Sumber: Sin Chew Daily & World of Buzz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×