Sudah 66 tahun Malaysia mencapai Kemerdekaan dan bebas daripada jajahan khusus British. Hasil daripada taklukan tersebut menyebabkan wujudnya beberapa sekolah aliran Inggeris. Bagi mengimbau sejarah lepas, di bawah ini penulis kongsikan senarai sekolah jajahan Inggeris.
Baca juga: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-66, Ini Senarai Info Penting Anda Kena Tahu
SENARAI SEKOLAH JAJAHAN INGGERIS, JOM BACA
1. Convent Girl’s High School
Convent Girl’s High School diasaskan pada tahun 1911. Dikendalikan oleh Franciscan Hospitaller Sisters of the Immaculate Conception. Sekolah ini dibuka terutamanya untuk pelajar agama Katolik. Bagaimanapun pelajar bukan Katolik juga diterima masuk.
Antara convent yang popular dan terkenal adalah di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
2. St George Girls High School
Selain Convent, salah sebuah sekolah perempuan yang popular adalah St George Girls High School. Ditubuhkan pada tahun 1885, ia terkenal dengan pencapaian akademik.
3. Penang Free School
Penang Free School adalah sekolah yang diketuai oleh Reverend Sparke Hutchings. Ditubuhkan pada 1816, sekolah ini telah berusia 207 tahun dan telah melahirkan ramai tokoh terkenal seperti Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Sekolah ini juga mendapat penghormatan sebagai sekolah bahasa Inggeris yang tertua di seluruh Asia Tenggara.
4. Victoria Institution, Kuala Lumpur
Victoria Institution terletak di jalan Hang Tuah Kuala Lumpur dan dibuka secara rasmi pada 30 Julai 1893. Nama sekolah ini diambil sempena Ratu Victoria Englabd bagi memperingati Perayaan Jubli Emas Ratu Victoria.
Diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng.
5. Sultan Abdul Hamid College (SAHC)
Terletak di Alor Setar, Kedah, sekolah ini merupakan antara sekolah tertua dan paling berprestij di Malaysia. Sultan Abdul Hamid College (SAHC) ditubuhkan pada tahun 1908 sebagai Sekolah Kerajaan Inggeris.
6. Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Malay College Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sekolah berasrama penuh untuk lelaki sahaja. MCKK ditubuhkan pada tahun 1906 oleh pihak British atas cadangan Richard James Wilkinson yang merupakan pegawai pendidikan jajahan pada masa itu.
7. Malacca High School
Malacca High School ditubuhkan pada 7 Disember 1826 dan menjadikannya sebagai sekolah kedua tertua di Malaysia. Pengasas sekolah ini adalah Thomas H.Moor yang merupakan seorang mubaligh Protestan Scotland yang bertindak atas arahan William Milne.
Selamat Hari Merdeka!
Baca juga: Promosi Hari Kemerdekaan Kembali Tiba, Ini Senarai Tempat Anda Kena Serbu!
Sumber: Iluminasi