Sudah menjadi normal dalam kalangan ibu bapa yang bekerja untuk menghantar anak-anak ke taska atau pusat asuhan. Namun, tidak semuanya indah apabila secara tiba-tiba anda mendapat panggilan dari pihak taska memaklumkan bahawa anak kesayangan telah dijemput Illahi ketika masih tidur. Begitulah kisah pilu yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Tiktok…
Baca juga: [VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Makan Luar Bawa Bekal Isteri Masak, Netizen Puji Abang Ini Sweet!
SEKIAN LAMA IMPIKAN ANAK LELAKI, NAMUN ‘PERGI’ KETIKA USIA 5 BULAN
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, pilunya hati seorang ibu selepas dihubungi pihak taska dan dimaklumkan bahawa anak bongsunya itu meninggal dunia ketika tidur. Menurutnya, dia terkilan kerana anak bongsunya, Aariz Nuh sepatutnya dapat merasai makanan pertamanya dalam masa 10 hari lagi, namun telah dijemput ajal.
Meskipun itu, si ibu yang dikenali sebagai Hani Aisya masih menzahirkan rasa syukur kerana dapat mendakap anaknya itu buat kali terakhir.
Masa ni langkah kaki macam melayang, hati mama kosong…lagi 10 hari nak makan, tapi Allah jaga adik lebih baik.
@hani.aisya Kenangan terindah kami… Rindu tiada penghujung…. Aariz Nuh adik.. sayang.. Lagi 10 hari adik nak makan, tapi Allah jaga adik lebih baik… #alfatihah #03082022
MENINGGAL KETIKA MASIH TIDUR
Lebih menyayat hati lagi, bayi tersebut juga ‘pergi’ pada tanggal seminggu sebelum hari ulang tahun kelahiran suaminya, namun pasangan itu tetap redha dengan ketentuan ilahi.
Bukan itu sahaja, ramai juga dalam kalangan netizen yang memberi kata-kata semangat dan bertanyakan punca kematian bayi tersebut yang sebenarnya. Menurut si ibu, sisatan masih lagi dijalankan dan buat masa sekarang puncanya adalah meninggal ketika tidur.
Sumber: Tiktok @hani.aisya