Rumah

Sejak 7 Tahun Lepas Kucing Selalu Berak Depan Rumah Namun Selepas Try ‘Benda’ Ini….Berkesan!

214
SHARES

Setiap pagi nak keluar pergi kerja saja, benda pertama yang nampak selepas buka pagar adalah najis kucing. Busuk tu memang satu taman lah bau. Jadi, kenalah ambil penyapu sampah dan buang najis tersebut. Kalau hari-hari asyik buat benda yang sama, penat juga kan? Namun, melalui perkongsian saudara Osman Affan di laman Facebook miliknya, beliau telah menemui satu cara baharu untuk membasmi najis kucing dari ada di hadapan rumah kita! Macam mana? Jom tengok apakah caranya.

NAJIS KUCING SELALU ADA DEPAN RUMAH?

http://www.thriftyfun.com/

Sejak 7 tahun lepas, saya dan puan isteri hadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing-kucing liar suka benar melepaskan hajatnya di kawasan yang saya tandakan merah tu. Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur febreez, tabur garam, sumpit kucing….. macam2 caralah…! 

Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu. Pelik tapi Alhamdulillah, sudah 4 hari, langsung tidak ada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi tu.

www.thespruce.com

Bahan tu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah 4 hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan. Harga sepaket pula cuma lebih kurang RM6. Hihi… macam ejen penjual produk Daiso pulak rasanya. Tapi kalau ada mana-mana sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba.

INILAH DIA!

www.facebook.com/osman.affan

KAWASAN SEKITAR RUMAH SELEPAS GUNA ‘CAT REPELLENT’

www.facebook.com/osman.affan

www.facebook.com/osman.affan

*Apa tunggu lagi, anda boleh segera ke pasaraya berdekat untuk mendapatkan produk yang berkesan ini!

Sumber: Osman Affan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×