Famili

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Jelajah Negeri Pantai Timur, Santuni Masyarakat Yang Memerlukan!

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda

Pada 28 Mac baru-baru ini, Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda telah menyambung misi kempen Ramadan Raya 2023 di negeri-negeri Pantai Timur sebagai zon kedua jelajah skuad.

Di mana, Media Prima Berhad telah mengangkat tema Seindah Kasih dan menyemarakkan kempen menerusi platform TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OH BULAN!, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

Baca juga: Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Jelajah Negeri Utara Hulurkan Bantuan, Meriah!

SEINDAH KASIH X JOM RONDA JELAJAH PANTAI TIMUR BERI BANTUAN!

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda

Tema itu dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa serta merosakkan harta benda.

Wajah-wajah kempen Seindah Kasih menampilkan personaliti televisyen yang terkenal seperti Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali.

Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema Seindah Kasih yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.

JELAJAH KEMPEN DITERUSKAN DI ZON PANTAI TIMUR

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda

Sebelum ini, skuad kempen telah mulakan pengembaraan mereka di negeri-negeri zon Utara iaitu negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang bermula pada 22 Mac lalu.

Kemudian, Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda meneruskan lagi misi kempen ke zon Pantai Timur iaitu negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Di mana, meraikan aktiviti bersama warga emas, pelajar tahfiz dan kariah masjid telah dijayakan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah bergotong royong, masak iftar, pengagihan bubur lambuk, mengecat dan menghias serta sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat yang memerlukan.

SELEBRITI PUN TURUN PADANG

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda

Aktiviti sebegini juga mendapat sambutan ramai dan bukan sahaja tenaga kerja dari Skuad Seindah Kasih yang turut disertai oleh selebriti seperti Shah Sulaiman, Naim Daniel, Kai Hassan dan Mek Zura, malah seluruh rakyat yang berada di kawasan tersebut turut memeriahkan lagi suasana. Memang seronok bila aktiviti sebegini dilakukan termasuklah berbuka puasa bersama-sama.

Skuad Seindah Kasih melabuhkan tirai di negeri Pantai Timur pada tanggal 1 April iaitu di lokasi terakhir negeri Terengganu.

Seterusnya Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda ini akan bergerak ke negeri Selatan bagi meneruskan kerja-kerja amal bersama rakyat. Selamat berjaya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×