Famili

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Jelajah Negeri Utara Hulurkan Bantuan, Meriah!

2
SHARES
seindah kasih

Tahun ini, Media Prima Berhad memperkenalkan tema Seindah Kasih yang akan menyemarakkan kempen Ramadan Raya 2023 menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OH BULAN!, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

Tema Seindah Kasih dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa serta merosakkan harta benda.

KEMPEN SEINDAH KASIH X JOM RONDA JELAJAH UTARA BERI BANTUAN!

seindah kasih

Seindah Kasih menampilkan Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali sebagai wajah kempen. Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema Seindah Kasih yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda akan mengembara ke serata Semenanjung Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Timur di bulan Ramadan dari 22 Mac hingga 16 April 2023 untuk mengagihkan set iftar dan barangan keperluan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua, golongan ibu tunggal dan juga golongan B40.

seindah kasih

Jadi, pada tanggal 22 Mac 2023 baru-baru ini, Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda telah memulakan acara flag-off di Balai Berita Bangsar untuk skuad bertolak ke negeri-negeri Utara terlebih dahulu.

Destinasi dimulakan di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Di mana aktiviti gotong royong masjid, pengagihan bubur lambuk, mengecat dan menghias serta memberi sumbangan makanan kepada orang yang memerlukan dilakukan secara beramai-ramai.

seindah kasih

ARTIS PUN TURUT SERTA

Aktiviti sebegini juga mendapat sambutan ramai dan bukan sahaja tenaga kerja dari Skuad Seindah Kasih yang turut disertai oleh selebriti seperti Mimi Lana, Imran Aqil, Siti Saleha, Anas Ridzwan, Aman Azizan, Luqman Hafidz dan Sasha Abedul, malah seluruh rakyat yang berada di kawasan tersebut turut memeriahkan lagi suasana. Memang seronok bila aktiviti sebegini dilakukan termasuklah berbuka puasa bersama-sama.

Skuad Seindah Kasih melabuhkan tirai di negeri Utara pada tanggal 26 Mac iaitu di lokasi terakhir negeri Perlis.

Seterusnya Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda ini juga bergerak ke Pantai Timur pula bagi meneruskan kerja-kerja amal bersama rakyat. Selamat berjaya!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×