Hebahan

Acara ‘Seeds of Deeds 2016’ bertujuan memperkasa 2,000 pelajar kurang bernasib baik menerusi kem-kem pemerkasaan remaja

4
SHARES

seedsofdeeds2016-2

NGO Small Changes akan melancarkan acara mengutip dana tahunan ‘Seeds of Deeds 2016’  di Nu Sentral, Kuala Lumpur bagi mengutip RM100,000 untuk memperkasa 2,000 orang pelajar kurang bernasib baik di pedalaman Perak, Kelantan dan Kedah.

Acara tersebut akan menampilkan Syed Azmi, seorang aktivis social terkenal di Malaysia yang menerima perhatian seluruh Negara menerusi kempen I Want to Touch A Dog baru-baru ini. NGO tersohor Malaysia juga akan turut sama menjadi sukarela bagi menjayakan usaha mengutip dana tahun ini, di antaranya: Projek Kalsom, Young Muslim Project, Teach for the Needs, Lean In Malaysia, Nation Building School, Organisational of National Empowerment dan banyak lagi

seedsofdeeds2016-1

Bagi menambah nilai terhadap usaha ini, ‘Englishjer’ selebriti sosial media dengan lebih daripada 141,000 pengikut di Twitter akan berada di sana bagi meningkatkan kesedaran betapa pentingnya Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Tarikan utama pada acara tahun ini adalah aktiviti flash mob, yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepayahan yang dialami pelajar yang kurang bernasib baik di Malaysia. Dan sehaluan dengan kegilaan Star Wars, para pengunjung turut boleh mengambil gambar dengan pemakai kostum Star Wars dari kelab Legion 501 sewaktu acara tersebut.

“Di Small Changes, kami sangat bersemangat bagi membawa komuniti bersama dengan misi kami bagi memperkasa remaja menerusi ilmu pengetahuan. Setiap daripada kami mempunyai peranan, dan ia merupakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab bagi mengatasi ketidakseimbangan pendidikan di kalangan pelajar kurang bernasib baik di Malaysia”, kata Sharif Ahmad, Presiden NGO Small Changes.

seedsofdeeds2016-3

Sharif Ahmad turut menambah bahawa orang ramai boleh membantu bagi memperkasakan usaha ini, dengan menderma RM50 bagi menaja pelajar kurang bernasib baik di kem pemerkasaan remaja. Sumbangan RM50 tersebut akan digunakan bagi membiayai kos makan dan tempat tinggal, bahan pembelajaran seperti kamus, sesi latihan bersama fasilitator dan kos-kos berkaitan.

Di Malaysia, pelajar-pelajar kurang bernasib baik berisiko tinggi untuk menjadi pelajar yang tercicir daripada sekolah dan terlibat dengan gejala social. Menurut kajian yang dijalankan Institut Democracy and Economic Affairs pada 2014, 72% daripada pelajar yang tercicir di Malaysia, dating daripada keluarga yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah.

seedsofdeeds2016-4

Small Changes memerlukan bantuan daripada orang ramai bagi menjayakan acara mengutip dana tahun ini, bagi memperkasakan 2,000 pelajar kurang bernasib baik di Perak, Kelantan dan Kedah. Jika anda berminat bagi membantu menghulurkan bantuan, bolehlah sekiranya menyumbang terus ke akaun: CIMB -8601962025 SMALL CHANGES PLT. Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman Facebook ‘Small Changes’.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Lokasi : Nu SentralMall

Tarikh : 25 June 2016

10:00 am –11:00 am Ketibaan

11:00 am –12:00 pm Aktiviti melukis oleh NGO KL Sketch Nation

12:00 pm –01:00 pm Pelancaran Seeds of Deeds 2016 dan flash mob

01:00 pm –02:00 pm Sesi dekorasi kek oleh NU Sentralmall

02:00 pm –03:00 pm Senang-lenang

03:00 pm –04:00 pm Persembahan tarian oleh NU Sentralmall

04:00 pm –05:00 pm Senang-lenang

05:00 pm –06:00 pm Persembahan oleh artis temptan, Asmidar

06:00 pm –07:00 pm Acara penutup

Untuk Menyumbang: CIMB -8601962025 SMALL CHANGES PLT.[/box]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×