40 Minggu

Sedap Tapi…Betul Ke Ibu Hamil Dilarang Makan Tapai? Ini Penjelasan Pakar!

39
SHARES
makan tapai

Bila bercakap soal hami, sudah pasti ramai dalam kalangan kita akan kaitkan dengan isu ‘mengidam’ kan? Ketika waktu mengidam inilah yang ramai dalam kalangan ibu yang mula teringin dengan makanan-makanan tertentu, terutama sekali makanan yang sukar untuk ditemui. Salah satunya adalah tapai.

Tetapi, ramai juga yang masih ragu-ragu sama ada boleh atau tidak ibu hamil makan tapai kerana cara menghasilkannya secara peram mungkin tidak sesuai untuk kandungan ibu hamil. Oleh itu, ini merupakan penjelasan dari Dr. Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan.

Baca juga: 5 Jenis Ubat Ibu Hamil Tak Boleh Makan, Risiko Gugur & Janin Cacat

SEDAP TAPI…BETUL KE IBU HAMIL DILARANG MAKAN TAPAI?

Tapai terhasil dari sumber kanji – nasi, pulut, pulut hitam atau ubi kayu. Sumber kanji yang telah dimasak akan dicampur dengan ragi. Setelah semalaman, tapai biasanya dah boleh dimakan. Semua tahu, proses penapaian sebenarnya adalah proses yang menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida.

Berapa banyak alkohol dalam tapai tu sebenarnya bergantung. Lagi lama penapaian, lagi banyak tindak balas kimia,lagi banyak la kandungan alkohol terhasil. Tak kisah la kandungan alkohol dalam tapai tu berapa banyak, yang pastinya dalam tapai ada alkohol. Paling baik dan selamat, elakkan sebarang bentuk pengambilan alkohol ketika mengandung.

TIADA kajian lagi yang cakap pengambilan alkohol selamat ketika mengandung, walaupun kuantiti alkohol tu sedikit. Kalau ibu amek alkohol, sebahagian alkohol akan dipindahkan ke baby melalui tali pusat. Lagi banyak si ibu ambil alkohol, lagi bahaya untuk baby.

Kesan pengambilan alkohol berlebihan :

-Meningkatkan risiko keguguran

-Mempengaruhi perkembangan bayi yg berkembang, lebih-lebih lagi pada otak baby

-Perkembangan keseluruhan baby boleh terbantut, baby boleh jadi kecil (IUGR)

-Baby boleh mati secara tetiba

-Baby lahir secara pramatang / tak cukup bulan

-Baby senang terkena penyakit selepas dilahirkan dan juga bila da dewasa

-Boleh sebabkan Fetal alcohol spectrum disorder (FASD) atau fetal alcohol syndrome (FAS)

JANGAN AMBIL ALKOHOL!

Lagi banyak ibu amek alkohol, lagi bermasalah baby itu dan lagi kurang sihat baby tu. Walau bagaimanapun, kalau ibu berhenti pengambilan alkohol, baby akan start membesar macam biasa. Sungguhpun begitu, ada kesan-kesan pengambilan alkohol yg berlebihan yang tak boleh di reverse.

Sama konsep. Ketika mengandung, plan untuk mengandung ataupun ketika menyusukan badan – JANGAN amek apa-apa alkohol, walaupun sedikit.

Saya hanya explain bahaya alkohol dari aspek perubatan sahaja. Pasal hukum hakam atau halal haram tapai ni, tanyalah pada mereka yang lebih arif.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×