Dapur

Sedap & Berbaloi, Kawan Food Perkenal Produk Baharu Setaraf Makan Di Restoran!

1.7K
SHARES

Sebagai rakyat Malaysia, kita dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Kita bertuah kerana di negara ini, makanan yang ada enak-enak belaka dan memenuhi citarasa semua bangsa.

Maka, tidak hairanlah jika Kawan Food mengambil inisiatif memperkenalkan makanan sejuk beku yang boleh dinikmati pada bila-bila masa bagi memenuhi keperluan harian kita. Tambahan pula, rasa produk mereka setaraf restoran terkemuka walaupun hanya disediakan di rumah tau.

Menu Baharu Kawan Food, Pizza Dengan Aneka Rasa

Untuk pengetahun anda, Kawan Food memperkenalkan menu baharu iaitu pizza. Pizza ini tampil dengan 5 pilihan rasa yang lazat iaitu Banana Kaya, Jackfruit Kaya, Four Chesse, Pepperoni Chicken dan Salted Egg & Chicken Slices. 

Selain pelbagai pilihan rasa, pizza ini juga mudah disediakan terutamanya buat anda yang bekerjaya dan berkeluarga. Anda cuma perlu bakar pizza tersebut menggunakan ketuhar saja. Jadi, kalau rasa tak sempat nak sediakan kudapan untuk anak-anak, bakar saja pizza Kawan Food.

Pizza ini sesuai sangat untuk anda sekeluarga snacking dan minum petang. Ianya juga mudah disimpan dan tahan lama. Tak rugi jika anda cuba, pasti nanti nak lagi!

Tawar Pelbagai Jenis Makanan Sejuk Beku

Selain itu, Kawan Food mempunyai pelbagai variasi makanan sejuk beku. Anda boleh dapati semua produk mereka di pasaraya berdekatan. Anda juga boleh membuat pembelian secara dalam talian melalui website Kawan Food.

Antara produk mereka yang terkenal termasuklah Glutanious Rice ball pelbagai perisa, Shoestring French Fries Potatoes, Roti Paratha, Malabar Roti dan banyak lagi.

Semuanya ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mudah disediakan di rumah. Tinggal goreng, bakar, rebus atau panaskan saja. Yang penting, kualiti terjamin dan ianya 100% dijamin halal.

Jadi, jom dapatkan produk makanan sejuk beku Kawan Food untuk anda sekeluarga nikmati kualiti rasa produk mereka. Confirm anda takkan kecewa!

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk-produk Kawan Food, anda boleh klik link di bawah:

Website: Kawan Food

Facebook: Kawan Food

Instagram: @kawan_food

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×