Famili

Sebelum Share Gambar Anak Di Media Sosial, Fikir 5 Kesan Ini Dulu

49
SHARES

Perkembangan media sosial membolehkan setiap individu untuk memuat naik gambar dan aktivti kehidupan seharin mereka. Ada juga yang memilih untuk upload gambar-gambar anak-anak mereka buat tatapan umum. Walau bagaimanapun, cara tersebut akan mengundang beberapa kesan bahaya ke atas anak dan keluarga yang tidak disangka-sangka.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ibu bapa perlu pertimbangkan sebelum menjadikan media sosial sebagai tempat utama untuk berkongsi gambar anak. Bahaya kalau asyik share gambar anak!

Baca juga: 3 Level Prihatin Ayah Kena Cakna Tentang Anak, Bukan Sekadar Dunia Sahaja

SEBELUM SHARE GAMBAR ANAK, FIKIR 5 KESAN INI DULU

1. BOLEH TARIK PERHATIAN INDIVIDU

Dengan berkongsikan gambar comel si manja adalah cara yang boleh anda lakukan jika ingin menjadi tumpuan namun satu perkara penting yang sering dilupakan, anda mungkin meraih perhatian daripada pihak tidak sepatutnya seperti golongan pedofilia. Risiko semakin bertambah jika secara tidak sengaja telah berkongsikan maklumat peribadi di atas talian.

2. ANAK MEMERLUKAN PRIVASI

Meskipun anak di bawah usia 5 tahun tidak tahu dan kisah dengan apa yang ibu bapa kongsikan namun apabila anak semakin dewasa dan mula mengembangkan identiti mereka sendiri. Keadaan boleh menjadi buruk jika anak menyedari banyak perihal kehidupan awal mereka dikongsikan tanpa persetujuan.

Setiap perkongsian haruslah berhati-hati dan elak menggunakan anak jika melakukan kenyataan berkaitan politik, sosial dan keagamaan.

3. BOLEH WUJUDKAN TEKANAN PADA ANAK-ANAK

Kesan buruk pada usia remaja akan berlaku jika ibu bapa memperkenalkan anak-anak dengan internet ketika masih kecil lagi.  Jadi anak mungkin berasa malu dengan gambar yang dikongsikan anda semasa mereka masih kecil.

Situasi tersebut boleh menjejaskan cara mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sebagai ibu bapa yang gemar mencari perhatian atau attention seeker adalah tabiat yang tidak sihat dan telah banyak menghancurkan kehidupan kanak-kanak dan juga belia.

4. MENJUAL DATA ANAK SEMASA BERKONGSI

Selain itu, ibu bapa haruslah peka dengan jumlah maklumat dikongsikan atas talian. Hal ini bermakna jika berkongsikan video dan gambar anak berkaitan tumbesaran mereka di internet, secara tidak langsung anda ‘menjual’ informasi kepada syarikat atas talian.

Syarikat ini mengumpul data dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudian menjualnya kepada pengiklan. Pihak pengiklan inilah yang akan menggunakan maklumat untuk menyasarkan anda dengan iklan tertentu yang cenderung menyebabkan pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan.

5. CONTOH TELADAN KEPADA ANAK

Tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa pasti sebelum ini banyak mengingatkan anak-anak tentang keburukan penggunaan media sosial yang berlebihan namun, dalam masa sama anda sendiri mengabaikan nasihat tersebut dengan berkongsikan gambar anak-anak.

Jadi, anak-anak menganggap perkara ini biasa dan secara tidak langsung telah mengajar anak-anak untuk tiada privasi terhadap foto mereka di masa akan datang.

Justeru itu, jadilah ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak dan jangan kongsi jika tiada keperluaan.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×