Famili

Scott’s Tampil Dengan Pelancaran Mango Scott’s Bagi Pertumbuhan & Perkembangan Sihat Kanak-Kanak!

2
SHARES

Apabila bercakap tentang makanan atau vitamin, kanak-kanak agak memilih kerana mereka biasanya mempunyai pilihan rasa tertentu. Kebanyakkan ibu bapa bimbang tentang jumlah pemakanan yang diambil oleh anak-anak mereka setiap hari.

Memandangkan penjagaan kesihatan anak-anak menjadi salah satu keutamaan mereka, ibu bapa selalunya mencari cara baharu untuk memberikan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat.

Ha…kalau anda nak tahu, baru-baru ini Scotts tampil dengan pelancaran Scott’s Gummies terbaharu dengan Multivitamin dan kini boleh didapati dalam perisa mangga, menyertai rangkaian perisa sedia ada seperti perisa Epal dan Tropika. Scott’s Gummies dengan Multivitamin (diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zink) dirumus khas untuk kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas. 

Scott’s Gummies dengan Multivitamin ini akan memberi manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa mereka.

Melalui pelancaran tersebut, ada pelbagai aktiviti juga yang telah disertai oleh ibu bapa & kanak-kanak

Banyak juga aktiviti menarik yang ibu bapa dan kanak-kanak telah terokai dalam program ni. Jom kita tengok satu per satu!

  • Pertunjukan Sihir oleh Ross Stephenso
  • Persembahan Muzik dari Studio Kanak-Kanak Hong Jie Jie
  • Projection mapping tunnel
  • Permainan susun botol dan botol ping pong
  • Naik kereta api mainan
  • Balloon giveaways
  • Penampilan maskot
  • Sky laser projection

Siapa yang join event ni, mesti anda semua terhibur dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung kan.

Scott’s juga telah bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam menjadikan produk Scott’s adalah yang terbaik untuk anak-anak!

Melalui pelancaran ini juga, Scott’s telah bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha menjadikan produk Scott’s mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara. Oleh itu, pengguna akan menikmati diskaun istimewa apabila mereka membeli-belah untuk rasa baharu Scott’s Gummies dengan Multivitamin daripada Watsons.

Selain itu, pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah selimut bercorak buaya.  Promosi eksklusif ini bermula pada 15 September 2022 dan akan berakhir pada 26 Oktober 2022 nanti! Jadi, korang jangan lupa tau untuk membeli produk Scott’s ni!

Jangan risau, kalau ada yang terlepas untuk dapatkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin dalam pelbagai perisa ini di Watsons, anda boleh terus beli melalui platform Shopee mereka!

Bukan tu sahaja, ada misi baharu kapten Harris Alif & 8 Wira Z dalam generasi Z musim kedua. Jangan lupa tengok!

Generasi Z menampilkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin selaku Penaja Eksklusif Diterbitkan oleh Sky Pictures dan mengekalkan Harris Alif sebagai hos, program ini menampilkan lapan Wira Z yang berumur dari 11 hingga 13 tahun yang diuji kecerdasan minda, kecergasan fizikal dan juga kekentalan jiwa dalam menyelesaikan pelbagai cabaran dan ujian yang mempunyai tema berbeza pada setiap episod.

‘Generasi Z’ yang dihoskan oleh Harris Alif akan disiarkan pada hari Ahad, 18 September 2022, 7:00 malam manakala ‘The Z Power’ yang dihoskan oleh Owen Yap dan Jordan Sen akan disiarkan pada hari Sabtu, 17 September 2022,
9:00 malam di TV3 dan 8TV.

Jangan lupa untuk saksikan kedua-dua siri ini tau! Untuk maklumat lanjut mengenai Scott’s, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×