Sihat

“Saya Ada Kayap Ular, Nanti Kayap Tu Bersambung Boleh Mati Ke Doktor?”

32
SHARES
kayap ular

Penyakit kayap ini juga digelar sebagai ‘shingles’ dalam Bahasa Inggeris dan berpunca daripada virus dipanggil ‘varicella zoster’. Virus ini juga merupakan penyebab kepada penyakit cacar air (chicken pox).Dalam kepercayaan masyarakat tempatan, ramai yang percaya bahawa sekiranya ruam kayap ini bertemu mengelilingi badan akan membawa maut, tetapi sebenarnya kepercayaan ini adalah salah dan penyakit ini jarang menyebabkan kematian.

Mesti ramai yang risau kan?

Baca juga: Kalau Anak Alami 7 Jenis Penyakit Berjangkit Ini, Mak Ayah Boleh Minta Cuti 5 Hari

“SAYA ADA KAYAP ULAR, NANTI KAYAP TU BERSAMBUNG AKAN MATI KE?”

“Pakcik datang hari ini sebab apa?”

“Doktor tolong pakcik, pakcik ada kayap ular. Kalau kayap ini bersambung, mati pakcik”, sambil selak bajunya.

“Pakcik pernah kena chicken pox masa kecil dulu?Atau ada orang panggil cacar air.Yang kulit jadi gelembung lepas itu jadi parut”

“Oh ada.Masa kecil dulu la”

Kayap ular disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus yang sama yang menyebabkan chicken pox. Oleh itu sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular. Selepas pesakit pulih daripada jangkitan chickenpox, dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki, boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.

Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, ..virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap. Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular.

Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Setiap akar saraf mempunyai 2 set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.

Maka, apabila virus tadi menjadi aktif kembali, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.

Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih dari satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak.Ia takkan bersambung. Itu semua mitos! Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu MEMENDEKKAN JANGKA MASA penyakit dan MENGELAKKAN KOMPLIKASI.

JENIS UBAT KAYAP ULAR SELALU DOKTOR BERI

Ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor:

1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.

2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.

3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

“Habis itu, dulu ada jiran pakcik yang meninggal. Katanya sebab kayap dia bersambung”

“Pakcik, ada tengok tak kayap dia?”

“Tak ada la pulak”

“Dia meninggal mungkin sebab lain, kebetulan pula ada kayap”

“Ramai orang duk sangka, kalau kayap bersambung akan meninggal. Tapi, tak ramai yang tahu, rokok lagi bahaya dari kayap. Betul tak pakcik?”,sambil jeling rokok yang sedikit terkeluar dari poket baju pakcik. “Betul, doktor”, sambil tolak rokok masuk ke dalam poket dan tersengih.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×