Nur

“Sampai Bila Nak Jadi Macam Ni”- Perbaiki Diri Melalui Solat Dengan Aplikasi Waktu Solat Malaysia

39
SHARES

“Ketika engkau tidak tahu harus mula daripada mana untuk memperbaiki diri, maka mula lah dengan memperbaiki solatmu”

Sebagai seorang Muslim yang sejati, solat merupakan tiang agama kita. Seteruk atau sejahat manapun diri kita, jangan pernah meninggalkan solat kerana itu yang menentukan peribadi kita bukan sahaja sebagai Muslim, malah sebagai manusia yang berguna. Jadi, buat yang masih mempelajari tentang solat, tidak salah dan jangan malu untuk belajar kerana semuanya mudah sahaja di zaman berteknologi tinggi.

Baca juga: Amal ‘Doa Pengasih’ Ini Agar Kita Mencintai & Dicintai Kerana Allah

PERBAIKI DIRI MELALUI SOLAT, JIWA TENANG

Sahabat, dalam diri kita mungkin masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Setiap manusia pasti tidak akan lari daripada melakukan dosa. Banyak kesalahan yang kita lakukan samada sengaja ataupun tidak sengaja. Hingga akhirnya kita akan sampai pada titik dimana kita akan bertanya,

“Sampai bila aku akan jadi macam ni? Tanpa perubahan?” Dari pertanyaan itulah akhirnya seseorang itu ingin memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Muncul lagi pertanyaan “Tapi nak mula berubah daripada mana?”

Tidak perlu risau sahabat, ketika kita nak sangat baiki diri untuk menjadi yang lebih baik, maka mula lah dari baiki solat. Solat merupakan ibadah yang paling utama dalam islam, bahkan dalam sebuah riwayat solat merupakan tiang agama. Sehingga jika solat kita masih belum terjaga, masih berlubang, maka tiang tersebut pasti juga akan ikut berlubang. Dan apa yang akan terjadi? Tiang yang telah dibangun pun lama kelamaan akan roboh. Sama dengan agama, jika kita tidak mengerjakan solat, maka sama saja seperti kita merobohkan agama.

BELAJAR MENGENAI SOLAT JADI LEBIH SERONOK

Baiki solat menjadi lebih seronok dengan satu aplikasi yang mudah. Antara aplikasi yang sangat dicadangkan adalah Aplikasi Waktu Solat Malaysia. Dalam Aplikasi ini ada banyak features yang kita boleh manfaatkan untuk belajar berkaitan solat, jadi mudah untuk seseorang itu perbaiki solat walaupun di mana mereka berada.

Marilah kita sama-sama menjadikan Aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan dan semangat untuk kita menuntut ilmu secara berterusan untuk baiki solat. Insya-Allah, dengan cara itu kita akan sentiasa upgrade solat kita semua. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat perbaiki solat sekaligus perbaiki kehidupan kita.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×