Famili

Sambutan Hari Ibu Dah Nak Dekat! Ini 6 Idea Aktiviti Yang Anda Boleh Cuba Buat

36
SHARES

Hari Ibu dah nak dekat jadi apa rancangan anda? Ramai yang masih terfikir-fikir apa yang perlu dilakukan supaya sambutan Hari Ibu nampak menarik kan? Untuk pengetahuan anda Hari Ibu disambut oleh seluruh penduduk dunia pada minggu kedua bulan Mei setiap tahun. Tetapi, janganlah pula ucap terima kasih ibu pada hari ini sahaja kerana setiap hari kita kena ucap terima kasih kepada ibu tau. Ini hanyalah simbolik untuk kita meraikan dan menyanjung segala pengorbanan ibu lakukan selama ini.

Jadi, kalau tak tahu nak buat apa untuk Hari Ibu nanti, anda boleh cuba 6 aktiviti ini!

giphy.com

1. ‘Breakfast in bed’

http://www.moneycrashers.com/

Kalau inginkan cara sambutan Hari Ibu ala-ala filem Hollywood, anda boleh cuba untuk sediakan sarapan pagi di tempat tidur ibu. Antara menu yang sesuai ialah English breakfast atau makanan yang tidak berat. Janganlah pula beri nasi lemak kepada ibu di tempat tidur tu, macam tak sesuai pula. Pastikan anda bangun awal sebelum ibu bangun untuk sediakan sarapan ini. Apa kata letak nota ucapan ringkas di tepi meja makan dalam bilik supaya ibu anda akan tersenyum bahagia di pagi hari.

2. Seharian bersama

http://valorarte.tk/

Jika sebelum ini asyik sibuk dengan kerja atau kelas, pastikan anda ambil masa ketika hari Ibu ini untuk meluangkan masa bersama. Bukannya susah, dapat keluar makan bersama-sama pun dah cukup. Tetapi kalau anda ada masa yang lebih, boleh juga jadikan Hari Ibu sebagai hari percutian satu keluarga. Antara tempat yang anda boleh pergi untuk mneghabiskan masa bersama inu adalah dengan pergi membeli-belah, taman, percutian di pulau/berkelah atau ke restoran kegemaran mereka. Tetapi, dalam pada menghabiskan masa bersama ibu tu, janganlah pula asyik dengan telefon bimbit saja tau!

3. Bawa semua ahli keluarga berkumpul

www.uckg.org

Salah satu idea yang menarik untuk dilakukan pada Hari Ibu adalah dengan berkumpul bersama sanak saudara termasuk datuk dan nenek. Apa kata adakan ‘barbeque’ bersama ahli keluarga yang lain? Mesti seronok kan? Selain itu, dengan cara ini juga, hubungan kekeluargaan juga akan bertambah erat. Bukan sahaja ibu kita yang akan diraikan, malah ibu saudara dan nenek juga akan turut rasa dihargai.

4. Sambutan sederhana

http://www.beeseemompreneur.com/

Ramai irang tersalah anggap, bila nak sambut Hari Ibu saja mesti nak kena bagi hadiah yang hebat dan cantik. Sebenarnya, para ibu hanya mahukan kasih sayang dari anaknya. Oleh itu, sambutan yang sederhana memadai untuk menggembirakan ibu anda. Apa kata sediakan makan malam untuk dimakan bersama satu keluarga dan berikan ucapan yang manis untuk ibu selepas selasai makan. Macam yang kita selalu tengok dalam filem tu? Mesti ibu anda akan rasa terharu dan gembira pada masa yang sama. Makan aiskrim ramai-ramai sambil menonton rancangan kegemaran juga boleh dijadikan idea untuk sambutan Hari Ibu.

5. Beri ibu ‘off day’

giphy.com

Jika ibu anda seorang yang bekerja, apa kata sarankan supaya mereka ambik cuti dan berehat di rumah. Tetapi, tahu sajalah kan ibu ni sama ada bekerja atau tidak, bila ada di rumah tu macam-macam dia nak buat kan? Oleh itu, sama ada ibu anda seorang suri rumah atau yang bekerja, pastikan anda memberi ‘day off’ kepada mereka. Apa kata, basuh baju, masak dan kemas rumah dengan sendiri dan jangan bagi ibu anda yang buatkan. Ini untuk menandakan ucapan terima kasih kepada ibu juga. Tapi, setiap hari pun kena lah tolong ibu juga tau, jangan tunjuk baik pada Hari Ibu sahaja.

6. Kejutan hadiah

travelblog.astadala.com

Inilah yang paling seronok untuk diberikan kepada ibu. Kejutan hadiah pasti tidak akan ditolak oleh mereka. Contoh idea yang anda boleh lakukan adalah dengan memesan ‘delivery’ bunga untuk dihantar kepada ibu atau kejutan hadiah seperti barangan kegemaran mereka juga boleh dilakukan. Tidak perlu hadiah yang mahal pun tidak mengapa, asalkan niat anda ikhlas dan dekat dengan hati para ibu.

* Selamat menyambut Hari Ibu Sedunia. Ingatlah, tanpa ibu, tiadalah kita di muka Bumi ini. Ibu, wanita terhebatku.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×