Euforia Bola 2026
Nur

Tular Amalan Baca Isti’azah Ketika Salam Kononnya Elak ‘Saka’, Betul Atau Mitos? Ini Penjelasan Lengkap!

salam tangan

Perkongsian di media sosial Threads mengenai amalan membaca isti’azah ketika salam tangan kembali meraih perhatian ramai, apabila ada dakwaan ia boleh dijadikan ikhtiar untuk mengelakkan gangguan tertentu seperti “saka”.

Perkongsian itu turut menyebut amalan membaca isti’azah iaitu “a’uzubillahi minassyaithonirrajim” ketika bersalaman, khususnya dengan orang tua, selain cadangan membaca selawat dalam hati sebagai langkah perlindungan diri.

Baca juga: Hukum Sebenar Bapa Tiri Kahwin Anak Perempuan Tiri…Boleh Jadi Halal Atau Haram, Bergantung Syarat INI!

AMALAN SALAM TANGAN SAMBIL BACA ISTI’AZAH ELAK DAPAT SAKA

salam tangan

Gambar hiasan: Gemini AI

Namun begitu, sejauh mana amalan ini mempunyai asas dalam Islam?

Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan mendakwa pengalaman sebuah keluarga yang berdepan gangguan yang sukar dipulihkan, walaupun telah mendapatkan rawatan ikhtiar.

Antara nasihat yang dikongsikan dari ustaz yang ditemui keluarga tersebut adalah membiasakan dengan membaca isti’azah ketika salam tangan. Dakwanya sebagai langkah pencegahan daripada gangguan yang tidak diingini.

Selain itu, turut dicadangkan amalan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai zikir dalam hati ketika bersalaman.

Baca juga: Ramai Keliru Sendawa Ketika Solat Boleh Batalkan Ibadah Tak? Ini Penjelasan Fiqh Untuk Rujukan

Apa kata Islam tentang salam tangan dan isti’azah?

Dalam Islam, bersalaman tangan merupakan amalan yang digalakkan sebagai tanda hormat, kasih sayang dan pengukuhan ukhuwah sesama Muslim.

Namun, tiada dalil khusus yang mensyariatkan bacaan tertentu ketika bersalaman seperti membaca isti’azah dengan tujuan khusus menghalang gangguan tertentu.

Isti’azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) memang disyariatkan sebagai zikir umum untuk memohon perlindungan Allah, namun penggunaannya adalah bersifat umum seperti sebelum membaca al-Quran atau ketika menghadapi gangguan was-was, bukan khusus dalam konteks bersalaman.

Di mana, amalan dalam Islam perlu bersandarkan kepada dalil yang sahih dan tidak menetapkan ritual khusus tanpa asas syarak.

Dalam konteks ini:

  • Salam tangan kekal sebagai amalan sunnah yang digalakkan
  • Zikir dan selawat adalah amalan baik secara umum
  • Tiada panduan khusus yang menetapkan bacaan isti’azah ketika bersalaman

Baca juga: Isu Wanita Pergi Misi Kemanusiaan, Memang Tak Salah Jadi Aktivis Tapi JANGAN Remehkan Suri Rumah Yang Tak Bersumud!

salam tangan

Gambar hiasan: Gemini AI

KESIMPULAN BERSALAM SAMBIL MEMBACA ISTI’AZAH

Isu salam tangan sambil membaca isti’azah seperti yang tular di Threads lebih bersifat pengalaman peribadi dan kepercayaan masyarakat, bukan amalan khusus yang disyariatkan dalam Islam.

Islam menganjurkan umatnya untuk berzikir, berdoa dan bertawakal secara umum, namun tidak menetapkan bacaan tertentu ketika bersalaman sebagai satu amalan khusus dengan tujuan tertentu seperti yang didakwa dalam perkongsian tersebut.

Dari sudut hukum, tidak menjadi kesalahan untuk membaca isti’azah ketika salam tangan, kerana ia adalah zikir yang disyariatkan secara umum untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT.

Namun, ia tidak boleh diyakini atau ditetapkan sebagai amalan khusus yang mempunyai “kesan tertentu” atau ritual wajib ketika bersalaman, kerana perkara tersebut tidak mempunyai sandaran dalil yang khusus.

Umat Islam digalakkan menjaga adab bersalaman serta memperbanyakkan zikir dan doa secara umum tanpa mengaitkan amalan tertentu dengan kepercayaan yang tidak mempunyai asas yang jelas dalam syarak.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan  (1), (2), (3), (4)

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×