Asuh

[VIDEO] Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Hidap ‘Psoriasis Pustular’ Undang Sebak…

800
SHARES
psoriasis pustular

Psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik. Psoriasis adalah sebuah keadaan yang boleh dialami oleh kedua-dua lelaki dan perempuan, kebanyakan kes berlaku di antara usia 30 hingga 39 dan 50 hingga 69 tahun.

Namun berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Tiktok apabila anaknya yang masih kecil telah menghidap psoriasis pustular di peringkat yang teruk. Tambah memilukan adalah sudah pelbagai cara rawatan telah dicuba namun masih sama keadaannya…

Baca juga: Awas! Jangan Sapu Minyak Urut Mengandungi Menthyl Salicylate Dekat Bayi

ANAK HIDAP SAKIT PSORIASIS PUSTULAR

Seperti satu perkongsian video di laman Tiktok yang mendapat tontonan lebih 2.4 juta ini apabila seorang ibu berkongsikan kisah anaknya menghidap sakit psoriasis pustular. Menurut ibunya yang dikenal dengan nama Sue Anna, dia sudah mencuba pelbagai jenis cara rawatan untuk cari jalan penyembuh kepada anak lelakinya ini.

Bukan itu sahaja, rawatan kepada penyakit ini juga memerlukan kos yang tinggi dan turut menjadi penghalang buat si ibu untuk terus mencari jalan keluar kepada sakit anaknya ini.

Untuk pengetahuan anda, pustular psoriasis adalah sebuah keadaan psoriasis yang paling bahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Jenis yang paling bahaya dikenali sebagai “von Zumbusch” di mana gelembung-gelembung kecil yang mengandungi nanah terbentuk pada permukaan kulit.

psoriasis pustular

Keadaan ini boleh diikuti dengan kemerah-merahan pada kulit, demam, cirit-birit, ‘leukocytosis’ iaitu meningkatnya bilangan sel darah putih dan ‘hypocalcemia’ iaitu kukurangan mineral kalsium dalam darah.

“SEMBUHKANLAH ANAK SYURGA ITU..”

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet yang melahirkan rasa terharu apabila melihat keadaan bayi lelaki ini dan turut menitipkan doa kesembuhan buatnya. Ada juga dalam kalangan orang ramai yang pernah mengalami keadaan yang sama dan berkongsikan tempat rawatan untuk dicuba.

Semoga adik ini cepat sembuh!

Sumber: Tiktok @sueeanna96

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×