Sihat

Awas! Jangan Sapu Minyak Urut Mengandungi Menthyl Salicylate Dekat Bayi

73
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan mak ayah untuk menggunakan minyak panas atau minyak urut jika bayi mengalami masalah kembung perut. Ini bagi membantu mereka merasa selesa dan mengeluarkan angin di dalam badan. Namun, penting untuk mak ayah tahu bahawa terdapat beberapa kandungan yang tidak sesuai di dalam minyak tersebut untuk digunakan kepada bayi.

Nak tahu kenapa tak sesuai? Jom tengok penerangan di bawah.

Baca juga: 7 Jenis Minuman Ini Bantu Untuk Turunkan Berat, Confirm Menjadi!

JANGAN SAPU MINYAK URUT/MINYAK PANAS MENGANDUNGI MENTHYL SALICYLATE DEKAT BAYI

Perhatian kepada ibu bapa, elakkan menyapu minyak panas atau minyak urut yang mengandungi bahan Methyl Salicylate kepada anak anak kecil.

Hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara menerima kes keracunan Metil Salisilat yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Bahan Methyl Salicylate ini biasanya terdapat dalam produk minyak panas untuk merawat lenguh-lenguh dan sakit badan. Namun, bahan ini tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutamanya pada bayi kerana berisiko menyebabkan keracunan pada bayi.

Antara gejala keracunan termasuklah loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan dan koma,
Paling penting sebelum gunakan produk, semak dahulu sama ada ia mengandungi bahan ini atau tidak. Untuk orang dewasa, tiada masalah, boleh gunakan mengikut aturan yang disarankan

Semakan di laman NPRA terdapat lebih 164 produk yang mengandungi bahan aktif Methyl Salicylate. Semak dulu ya sebelum guna.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×