Rakyat

Rupanya Macam Ini Nak Baca & Faham Maksud Papan Tanda Lebuhraya, Baru Tahu!

16
SHARES
maksud papan tanda di lebuh raya

Papan tanda jalan raya berfungsi untuk memberi panduan, amaran, larangan dan maklumat kepada pengguna jalan raya. Ia biasanya diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dengan menggunakan simbol yang mudah difahami, ringkas, jelas dan seragam bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Raya dah nak dekat, semestinya ramai yang akan balik ke kampung setelah kita dilanda pandemik 2 tahun berturut-turut dan semestinya kita akan melihat papan tanda di lebuh raya kan? Jom baca apa maksud papan tanda ini dan fahaminya hari ini yang dikongsi oleh Facebook Malaysia Food & Travel!

Baca juga: Elak Sesak Cuti Perayaan, Ini Cadangan Waktu Terbaik Untuk Pengguna KLK & LPT 1

FAHAMI MAKSUD PAPAN TANDA DI LEBUH RAYA

Baru tahu ya bahawa warna, nombor dan tanda yang dekat papan tanda ini ada maksud. Ingatkan untuk mencantikkan papan tanda sahaja.

1. Papan tanda yang berwarna biru ini bermaksud jalan itu tiada toll.

2. Papan tanda berwarna hijau ini pula bermaksud jalan itu kena bayar toll.

3. Papan tanda yang ada nombor macam ini, maksudnya jalan persekutuan.

4. Papan tanda yang mula dengan huruf E ini pula maksudnya jalan lebuh raya.

5. Papan tanda yang ada nombor dengan huruf ini pula jalan raya negeri.

6. Tulisan hijau putih background coklat itu maksudnya kawasan pelancongan.

7. Susunan dari atas ke bawah ini adalah mengikut susunan jarak yang paling jauh kepada yang paling dekat.

8. Tulisan hitam background putih ini pula adalah kawasan bandar.Hari ini baru betul faham ya maksud papan tanda ni! Selalu blur blur sahaja.

Sumber: Facebook Malaysia Food & Travel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×