Teknologi

Rupanya Ini Cara Baca DM Instagram Tanpa Ada ‘Seen’, Mudah Je!

93
SHARES

Antara platform media sosial sering digunakan untuk berhubung ialah Instagram. Melalui Instagram anda boleh menghantar mesej atau dipanggil direct message. Mesej tersebut boleh dihantar kepada pengikut di Instagram dan akan ada tanda seen sekiranya sudah dibaca oleh penerima.

Walau bagaimanapun, tanda seen tersebut kadang-kala tidak diperlukan. Hal ini kerana berkemungkinan anda tidak mempunyai mood untuk membalas tetapi hanya mahu membaca mesej tersebut. Justeru itu, ada satu cara mudah untuk membaca mesej Instagram tanpa ada seen. Jom kita cuba.

Baca juga: Cara Save Instastory Ada Muzik Tanpa Guna Aplikasi, Boleh Rupanya!

RUPANYA INI CARA BACA DM INSTAGRAM TANPA ADA ‘SEEN’

Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengehadkan atau ‘Restrict’ akaun tersebut. Ini langkahnya:

1. Jangan buka mesej tersebut.

2. Di laman carian, buka profil akaun tersebut.

3. Tekan pada 3 dot di kanan atas, tekan ‘Restrict’ atau ‘Mengehadkan’.

Mesej dari akaun tersebut akan berada di ruangan Request. Jadi, anda boleh membacanya tanpa ada tanda seen walaupun dibuka beberapa kali.

Lebih menyeronokkan, pemilik akaun juga tidak tahu jika anda telah membuat Restrict pada akaunnya. Jangan lupa untuk Unrestrict akaun tersebut, jika anda mahu. Ulang saja langkah sama iaitu buka profilnya, tekan 3 dot di atas dan tekan Unrestrict. Selamat mencuba!

Sumber: Wiser.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×