Asuh

Rupa-Rupanya Ini Adalah Cara Yang Betul Bancuh Susu Formula Untuk Bayi

3.2K
SHARES

“Betul ke tak cara aku bancuh susu ni, takut tak sesuai pula untuk diminum nanti”

Penting sebenarnya untuk ibubapa tahu tentang cara membancuh susu formula untuk anak-anak dengan cara yang betul. Hal ini penting supaya segala khasiat dan zat di dalam susu tersebut tidak hilang dengan begitu sahaja gara-gara cara pembancuhan susu yang salah. Jadi, jom kita tengok apakah cara yang betul supaya anda tidak menghadapi masalah lagi ketika membancuh susu buat si manja.

CARA YANG BETUL BANCUH SUSU FORMULA BAYI

Kebiasaan ibu bapa akan bancuh susu bayi dengan memasukkan susu terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan air panas dan air masak kan? Ye lah, terikut-ikut dengan cara mak ayah kita dahulu. Sebenarnya cara tu salah, kerana ia boleh mematikan zat-zat susu disebabkan suhu air panas melampau.

himpunanceritalawak.com

1. Air masak yang telah sejuk harus dituangkan ke dalam botol susu

2.Tuangkan sedikit demi sedikit sehingga air di dalam botol berkeadaan suam. Nisbahnya adalah 1 bahagian air panas dicampurkan 4 bahagian air masak.

3. Sudu yang disediakan di dalam tin harus digunakan untuk menyukat susu formula. Ikuti arahan pada kemasan tin.

4. Tutup dan ketatkan botol susu. Goncangkan botol susu hingga larut dan sebati.

5. Uji suhu susu dengan menuang botol susu di atas tapak tangan. Ia sepatutnya tidak panas, dan suam.

www.youtube.com

Elakkan perkara-perkara ini semasa menyediakan susu bayi

1. Terus masukkan susu formula yang disukat ke dalam botol.

2. Menuang air panas terus dalam botol.

3. Nisbah yang selebihnya tuang air sejuk.

4. Memanaskan susu menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Info tambahan

1. Lebihan susu yang terdedah harus dibuang jika tidak diminum selepas 2 jam.

2. Elakkan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan susu bayi kerana ia akan menyebabkan berlakunya titik panas, menyebabkan mulut bayi melecur.

3. Elakkan menggunakan botol susu yang mengandungi BPA (Bisphenol A), yang amat berbahaya jika bertindak balas terhadap haba dan boleh menghasilkan bahan kimia yang berbahaya terhadap anak-anak.

Sumber : Dunia Ibu Dihatiku

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×