Deko & Hias

Ala..Baru Buang Habuk Dah Berdebu Balik, Stop Berleter & Cuba Tips Ini, Berkesan betul!

25
SHARES
rumah berhabuk

Masalah rumah berhabuk kini tidak lagi asing dalam hidup kita. Bersihlah banyak mana pun, pasti habuk debu itu datang semula menghantui hidup para suri rumah. Pasti meletihkan kerana asyik perlu membersih tetapi kekotorannya masih datang setiap kali.

Bukan sahaja menyebabkan stres malah rumah berhabuk juga akan menjejaskan kesihatan keluarga anda jika dibiarkan begitu sahaja. Terutama yang ada alahan pada debu, memang satu penyeksaan buat mereka! Oleh itu, jom ikuti  perkongsian penulis mengenai cara kurangkan debu dalam rumah.

Baca juga: DIY Kusyen Kerusi Kayu Guna Balutan Ini, Bila Kotor Tinggal Lap Sahaja Semudah 123!

CARA KURANGKAN DEBU DALAM RUMAH BERHABUK

Tips ini mungkin terkenal dalam kalangan ibu untuk mengelakkan habuk-habuk terkumpul pada perabot dengan menggunakan cecair pelembut.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Botol spray
  • Satu penutup pelembut pakaian
  • 1 liter air

Cara penyediaannya yang mudah:

1. Campurkan cecair pelembut pakaian bersama air dalam satu botol.

2. Setelah campuran sebati, masukkan ke dalam botol spray.

rumah berhabuk

3. Sembur pada perabot bagi mengelakkan perabot melekat.

rumah berhabuk

4. Kemudian, lap pada kawasan semburan dan kesannya rumah anda akan kurang perangkap habuk.

rumah berhabuk

TIPS TAMBAHAN HIAS RUMAH UNTUK ELAK MASALAH RUMAH BERHABUK

  1. Kurangkan peletakan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap debu di kawasan kediaman.
  2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan di dalam kediaman untuk memerangkap debu di luar dibawa masuk ke dalam rumah.
  3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.
  4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan debu terperangkap.

Kebersihan dan keselesaan rumah itu adalah nombor satu, jika berjaya dicapai, itulah tanda anda telah mencapai salah satu kebahagiaan hidup. Dengan tiga bahan ini, debu di rumah dapat dikurangkan dan secara serta merta masalah rumah berhabuk dapat diselesaikan. Cara yang sangat simple dan juga tak makan banyak masa. Boleh anda cuba di rumah!

Kini anda dapat hidup dengan selesa dalam rumah idaman masing-masing. Anak dan suami pun selesa nak menjalani urusan seharian dalam rumah tersebut. Selamat Mencuba!

Sumber: wawadels & Nusa Warisan Home SB

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×