Advertorial

Pakar Kulit Ini Dedah Punca & Simptom ‘Rare’ Kanak-Kanak Yang Mengalami Ekzema

10.2K
SHARES

“Abang, anak kita asyik menggaru je. Dia ada makan apa-apa yang pelik ke semalam?”

Haa, ini antara apa yang biasa anda fikir bila anak asyik tergaru-garu kan? Asyik-asyik alergik makanan. Anda pasti anggap ia gatal-gatal biasa dan sapu ubat gatal dengan berharap esok lusa akan sembuh kan? Awas ya, besar kemungkinan, mereka dah dijangkiti ekzema!

Tapi, apa puncanya? Adakah disebabkan makanan? Bagaimana pula nak merawat ekzema pada kanak-kanak? Apa yang perlu kita lakukan?

Dr Adawiyah

Temubual SirapLimau (SL) bersama Pakar Perubatan Dermatologi, Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr Adawiyah Jamil kali ini merungkai dan menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran anda tentang ekzema.

Jom kita baca… Sedikit sebanyak dapat panduan supaya ia boleh diamalkan sekiranya masalah sama berulang pada masa hadapan!

SL: Bila si kecil terkena ekzema, apa antara simptom-simptom awal yang jarang ibu bapa dapat kesan?

Dr Adawiyah: Ibu bapa jarang perasan anak mereka terkena ekzema bila ia berada pada tahap ringan. Tapi, bila dibiarkan, ia boleh jadi ke tahap lebih teruk. Kebiasaannya, simptom ekzema akan menunjukkan biji-biji timbul pada leher, tangan dan badan. Tapi, ada 2 lagi simptom yang ibu bapa biasa ambil ringan antaranya:

  1. Bila kena gigit nyamuk, tak baik-baik
    Kulit kanak-kanak yang terkena ekzema, sangat kering dah sensitif. Jadi, bila mereka kena gigit nyamuk, ia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meninggalkan parut. Ramai orang menganggap ini bukan penyakit, tetapi hanya gatal-gatal biasa.
  2. Daki pada kulit kepala
    Jangan tak tau, kelemumur pun dikategorikan sebagai salah satu ekzema. Tapi, pada anak kecil ia lebih kepada lapisan daki berwarna coklat kehitaman pada kulit kepala bayi baru lahir. Ini dikategorikan sebagai infantile eczema. Lapisan daki itu seakan keruping lembap yang melekat pada kulit kepala, kalau dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman, kemudian timbul biji-biji berair dan gatal.
  3. Kurap susu
    Ini juga sejenis infantile ekzema. Jika perasan, ruam bertompok merah akan tumbuh di pipi bayi sekitar umur 2 bulan dan kebiasaannya hilang selepas beberapa bulan.
  4. Kulit kering
    Biasanya, kita akan perasan anak kita ada ekzema bila nampak kulit mereka kering dan kadangkala bersisik. Tapi, tidak terasa gatal pula atau ada masalah kulit yang lain.

SL: Apa antara punca-punca ekzema? Adakah disebabkan pemakanan, keturunan atau sebagainya?

Dr Adawiyah: Ramai ibu bapa terlalu stress terhadap pemakanan anak-anak yang dikatakan menjadi punca kemunculan ekzema. Sejak itu, anak-anak disuruh pantang dan kesudahannya, mereka kurang sumber nutrien dalam badan. Sebenarnya, banyak lagi punca yang boleh menyebabkan ekzema aktif pada kulit sensitif antaranya:

  1. Kegatalan
    Banyak produk harian yang kita guna untuk kanak-kanak berkemungkinan boleh menyebabkan kulit mereka gatal, kering dan bertukar kemerahan tanpa sedar. Antaranya sabun mandi dan syampu. Malah, kegatalan juga boleh terjadi apabila kulit terdedah kepada asap rokok, cecair mencuci, minyak wangi, jenis fabrik dan sebagainya.
  2. Alergik (alahan)
    Seperti mana kita tahu, kulit kanak-kanak memang sensitif dan ekzema akan lebih aktif sekiranya mereka mempunyai alahan terhadap habuk dalam rumah, hama, kuman, haiwan peliharaan dan sebagainya.
  3. Sering menggaru
    Bagi kebanyakan pesakit, ekzema biasanya gatal dan ia tidak teruk apabila ia berada pada tahap ringan. Tapi, jika kawasan itu terus digaru, ia boleh bertukar teruk sehingga menyebabkan keradangan, berdarah dan sebagainya.
  4. Faktor genetik dan keturunan
    Jika ibu bapa pernah mempunyai anak yang dijangkiti ekzema, berjaga-jaga sekiranya anda merancang untuk mempunyai anak yang seterusnya. Berkemungkinan, anak anda yang seterusnya turut akan mempunyai kulit yang sensitif. Bersiap sedia dengan losyen pelembap dan sabun bersesuaian.
  5. Faktor iklim dan peluh
    Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti ekzema akan gatal dan mengalami panas badan bila berpeluh atau berada dalam situasi yang sangat panas. Ia boleh terjadi bila mereka memakai pakaian tebal ketika tidur. Dalam cuaca sejuk pula, kulit boleh kering dan gatal, seterusnya membuatkan ekzema muncul.

SL: Apa antara saranan awal kepada ibu bapa sekiranya anak mereka dijangkiti ekzema?

Dr Adawiyah: Paling penting, gunakan sabun yang sesuai dan jangan guna antiseptic. Beli jenis sabun untuk kulit sensitif, lebih baik jika gunakan sabun untuk bayi baru lahir. Ia sangat mild, lembut pada kulit dan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan.

Jangan terlalu kerap menukar sabun, mencuba produk baru dan gunakan jenis sabun yang sama sehingga dewasa. Penggunaan sabun tidak merawat namun mengekalkan dan mengurangkan kehadiran ekzema. Namun, jika kerap menukar sabun, sabun itu sendiri boleh membuatkan ekzema muncul dan menyebabkan keradangan kulit.

Seterusnya, gunakan losyen pelembap yang betul, antiradang dan sesuai untuk jenis kulit sensitif. Sapu losyen selepas mandi dan sebelum keluar rumah bagi mengelakkan kulit terus terdedah dengan keadaan iklim yang sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, cuba kenalpasti apa punca ekzema muncul pada kulit anak-anak. Boleh jadi dari jangkitan kanak-kanak di taska, cuaca tak menentu, berpeluh akibat cuaca panas, bulu kucing, habuk dari pembinaan di kawasan sekitar rumah, pemakanan dan banyak lagi. Cuba jauhkan mereka dari keadaan ini, lihat jika ada perubahan atau sebaliknya.

SL: Selain rawatan di rumah, apa antara rawatan yang doktor akan tawarkan kepada kanak-kanak yang dijangkiti ekzema pada tahap serius?

Dr Adawiyah: Kalau ekzema di tahap ringan, masih boleh dirawat dengan sabun dan losyen pelembap. Ekzema tahap sederhana memerlukan rawatan ubat sapu steroid atau calcineurin inhibitors.

Jika ia tidak terkawal, kami akan nasihatkan ibu bapa supaya membuat rawatan wet wrap iaitu membalut anak seperti ‘mummy‘. Ia tidak membahayakan kulit jika kanak-kanak menggaru dan ubat boleh diserap dengan cepat malah menjadikan mereka lebih selesa.

Jika ekzema di tahap lebih serius, ada rawatan fototerapi atau rawatan cahaya. Ia agak leceh kerana pesakit perlu datang ke hospital seminggu dua kali. Pesakit akan dimasukkan ke dalam mesin yang mengeluarkan cahaya UVA atau UVB.

Kalau rawatan cahaya tidak berjaya, doktor boleh memberi ubat makan steroid, azathioprine, cyclosporine atau methotrexate. Seperti mana kita tau, ubat makan mengandungi kesan sampingan. Pengambilannya wajib dipantau oleh doktor kulit yang cukup berpengalaman dan berkelayakan.

Tapi, kalau ekzema di tahap teruk, berbaloi sekiranya ambik kesan sampingan. Tapi, dos akan dikawal jadi kesan sampingan dan manfaat pada pesakit akan seimbang.

Sesetengah doktor di pusat perubatan swasta gemar memberikan suntikan, tapi ia kurang bagus kerana kita tidak boleh mengawal dengan tepat dos yang diberikan kepada pesakit.

Penggunaan sabun dan pelembab dari awal boleh mengelakkan bayi yang berisiko (terdapat ahli keluarga yang menghidapi ekzema) dari terkena ekzema juga.

SL: Adakah pesakit ekzema mempunyai potensi untuk sembuh?

Dr Adawiyah: Ya, 8 daripada 10 kanak-kanak mampu sembuh. Tapi, kulit masih sensitif, namun bintik merah-merah dan tompok tidak keluar lagi. Kulit tetap sensitif dan penggunaan sabun serta losyen pelembap perlu diteruskan sehingga dewasa.

SL: Ada tips untuk ibu bapa yang mahu membawa anak yang dijangkiti ekzema ketika melancong?

Dr Adawiyah: Sabun dan losyen pelembap wajib dibawa ke mana-mana. Kalau pergi ke tempat panas, pastikan bawa wet wipes atau tuala kecil untuk lap peluh. Jangan biarkan peluh terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kegatalan.

SL: Apa pesanan doktor untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang dijangkiti ekzema?

Dr Adawiyah: Jika sudah ada anak yang mempunyai ekzema, kekalkan penggunaan sabun dan losyen pelembap sehingga dewasa. Ia boleh mengelakkan anak seterusnya dari terkena ekzema juga. Jangan terlalu pantang makan dan ingat, banyak lagi punca yang boleh menyebabkan ekzema.

Jika mahu pantang juga, sediakan gantian makanan supaya kanak-kanak dapat khasiat penuh. Jangan biarkan mereka kelaparan dan tidak cukup nutrien bagi menjalani hari-hari seterusnya. Ia boleh menjadikan keadaan lebih teruk.

Gunakan Cetaphil Restoraderm, beri perlindungan menyeluruh untuk anak anda yang dijangkiti ekzema

Memilih produk bersesuaian untuk kulit yang dijangkiti ekzema sememangnya menyukarkan. Justeru, kami menyarankan supaya anda menggunakan rangkaian produk Cetaphil Restoraderm.

Ia hadir dalam 2 rangkaian produk iaitu Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash dan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Lotion. Kedua-duanya sangat sesuai digunakan pada kulit yang sensitif!

Ia juga dipercayai oleh pakar dermatologi dan terbukti secara klinikal dapat melegakan, melembapkan dan memperkukuhkan fungsi pelindung kulit si manja. Malah, produk Cetaphil Restoraderm bebas parabens dan steroids serta selamat untuk bayi seawal usia 3 bulan.

Setiap satunya mengandungi teknologi Filaggrin yang memelihara penghidratan kulit dan berfungsi sebagai pelindung kulit. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan dan melegakan kegatalan bagi kanak-kanak yang mempunyai kulit kering.

Lihat video ini untuk tau bagaimana produk Cetaphil Restoraderm berfungsi pada kulit yang mudah terkena ekzema

Layari laman web Cetaphil dan ikuti laman Facebook Cetaphil untuk update terkini mengenai produk Cetaphil Restoraderm. Jom berikan perlindungan sempurna untuk si kecil yang terkena ekzema!

To Top
SKIP THIS AD ×