Asuh

“Enjoy The Moment”- Yana Samsudin Kongsi Tips Layan Anak Ketika Tantrum

988
SHARES

Mengatasi anak mengamuk atau tantrum bukan perkara mudah. Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi. Hal ini juga berlaku kepada personaliti terkenal Yana Samsudin dimana anaknya Aisy Mateen yang berusia 2 tahun sering menunjukkan emosi tantrum terhadap ibu bapanya.

Jadi, Yana Samsudin juga berkongsi langkah untuk ibu bapa di luar sana untuk ‘handle’ anak-anak yang sering mengamuk ini.

TIPS YANA SAMSUDIN BILA ANAK TANTRUM

Bila ko tahu anak tengah berdrama…Kami jadi penonton tiket paling mahal…Kihkih…

Ok lah, @aisymateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki. 1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet, masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ. Ya, tipsnya bila anak tantrum.

1. Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum. .

2.Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.

3. Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya. .

4. Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana……… .

5. Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih…

 

View this post on Instagram

 

Siapa kurus macam mateen sila mengaku! ? @aisymateen #mateendanmommy

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Ok lah anak kalian trantrum start umur berapa? #tipsbolehgunapakai #MateenDanMommy #yanalifehack

Sumber : Yana Samsudin

To Top
SKIP THIS AD ×