Asuh

7 Kompleks Beli-Belah ‘Breastfeed Friendly’ Di Sekitar Lembah Klang

1.1K
SHARES

“Susahlah setiap kali datang shopping mall susah nak jumpa nursing room…”

Ini merupakan antara dilema yang sering dialami oleh ibu-ibu yang breastfeed dan mempunyai anak yang masih kecil. Puas berjalan dalam kompleks membeli-belah tetapi tak jumpa ruangan khas untuk si ibu dan anak. Oleh itu, kami senaraikan antara lokasi membeli-belah sekitar Lembah Klang yang menyediakan kemudahan baby room yang selesa.

1.Paradigm Mall

Terletak berdekatan dengan tandas wanita di level LG. Lokasi yang berdekatan adalah dengan Tesco. Di sini anda akan dapat lihat dekorasi bilik nursing berwarna merah jambu!

2. The Curve Kids Area

Lokasinya adalah bersebelahan butik Mothercare tetapi baby room ini mungkin akan agak penuh ketika hujung minggu. Anda juga boleh ke lokasi kedua iaitu di belakang restoran TGIF dimana lebih banyak tempat menunggu khususnya untuk si ayah.

3. One Utama Shopping Centre

Lokasinya mudah sahaja kerana berada di dalam kawasan tandas. Jika anda mendapati bahagian ini sudah dipenuhi orang, anda juga boleh ke lokasi di bawah untuk ruang nursing yang lebih selesa.

a) Aeon Level 2 – Children’s dept (cubicle with power source)
b) Isetan Level 2- Children’s dept (cubicle with no power source)
c) Parkson Level 1 – Children’s dept (cubicle with power source)- New Wing

4. IKEA Ikano Power Centre

Salah satu mall yang menyediakan ruang nursing yang paling comel adalah di IKEA IPC. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengatakan bahawa ruang yang disediakan sangat selesa.

5. Jaya One

Nursing room ni Jaya One turut menyediakan kemudahan kepada si ayah yang menunggu si ibu menukar lampin atau breastfeeding. Ruangnya juga luas dan selesa.

6. Atria Shopping Mall

Ini merupakan antara lokasi baharu yang menyediakan kemudahan untuk ibu menyusu dan menukar lampin. Kalau tengok dari segi dekorasinya adalah berkonsepkan ala-ala Jepun.

7. Empire Shopping Gallery, Subang

Mungkin bukan yang terbaik tetapi buat anda yang berkunjung ke mall ini, mereka turut menyediakan kemudahan baby room yang selesa. Anda juga boleh menukar lampin dan menyusu di kawasan yang yang terletak di dalam kawasan tandas.

Sumber : www.arisachow.com

To Top
SKIP THIS AD ×