Asuh

Cara Betul Bersihkan Peralatan Menyusu Untuk Elak Anak Cirit-Birit

132
SHARES

“Anak aku ni selalu alami cirit-birit, adakah sebab jenis susu yang diminum?”

Penting untuk ibu bapa tahu bahawa penyebab anak-anak yang masih minum susu dalam botol kerap mengalami cirit-birit dan muntah bukan sahaja bergantung kepada jenis susu. Anda perlu tahu bahawa cara pencucian botol susu perlu diambil berat kerana sisanya mungkin akan ‘meracuni’ sistem penghadaman si manja.

BAGAIMANA ANDA MEMBERSIHKAN BOTOL SUSU ANAK?

Bila ada patient satu bulan ,masuk ke ward kanak-kanak disebabkan cirit-birit dan muntah. Soalan pertama yang doktor akan tanya, macammana cara basuh/nyahkuman botol baby. Bukan satu kes begini.Memang banyak.Dapat disimpulkan tak ramai yang tahu cara yang sepatutnya.

Dua langkah yang perlu tahu:

a)Membersih: kekerapan setiap kali feeding

b)Menyahkuman (sterile): setiap hari untuk bayi berumur 3 bulan dan ke bawah,bayi pramatang,pesakit yg menjalani kemoterapi,lemah imun sistem dan bayi yang sering jatuh sakit.Kekerapan boleh dikurangkan jika bayi anda sihat dan yakin dgn proses pembersihan (a) diatas.

Untuk setiap peralatan penyusuan/pam yang baru penting untuk menyahkuman(sterile) sebelum digunakan.Baca produk leaflet/ manual produk untuk mengenalpasti bahan penyusuan sesuai untuk disteril atau tidak.
(Kebanyakan valve pam tidak sesuai untuk dididih atau di steam kan, ini boleh mempengaruhi prestasi pam anda)

Rendam dalam air panas pon tak sama dengan didihkan botol dalam air mendidih! Penting praktiskan untuk anak bawah setahun! Ini share daripada lecture Puan Siti Khadijah, Penolong Pengarah Kanan (Makanan) dari Pusat Laktasi Negara.

CARA YANG BETUL MEMBERSIHKAN PERALATAN PENYUSUAN

Sumber : Atiqah Saroni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×