Cantik

‘Kenapa Spray Banyak Tapi Tak Tahan ?’- Kenali Jenis Perfume Supaya Tak Tersalah Pilih

61
SHARES

Setiap kali nak beli minyak wangi, mesti ada perkataan bahasa Perancis tertera di atas botol tanpa kita tahu perbezaannya. Terdapat 5 jenis perfume iaitu Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, Eau Fraiche dan Eau de Cologne. Bezanya adalah kandungan dalam minyak wangi tu sendiri. Jadi, sebelum beli, jom kenal pasti minyak wangi jenis mana yang paling sesuai untuk personaliti masing-masing.

PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI

1.PARFUM

Sekiranya harga sesuatu minyak wangi itu terlalu mahal, cuba perhatikan label pada kotak minyak wangi tersebut. Parfum memiliki peratusan konsentrasi pewangi yang paling tinggi iaitu kandungan konsentrasi minyak wangi adalah 15 hingga 40%. Bau parfum boleh bertahan lebih 12 jam dan tak pelik kenapa lebih berharga dari yang lain.

2.EAU DE PARFUM

EDP ini mempunyai konsentrasi pewangi yang rendah berbanding Parfum tetapi lebih tinggi daripada Eu de Toilette dan Eu de Cologne. Ketahanan baunya lebih kurang Parfum. Dulu, EDP hanya dibuat untuk minyak wangi perempuan tapi sekarang telah ada minyak wangi EDP untuk lelaki.

3.EAU DE TOILETTE

EDT ini biasanya dijual di kedai runcit atau pasaraya kerana harganya lebih murah berbanding Parfum dan EDP. Kebiasaannya, peminat minyak wangi lebih menyukai EDT berbanding Parfum dan EDP kerana ia tidak terlalu Ketahanan baunya adalah lebih rendah daripada Parfum dan EDP. Tapi, ia boleh bertahan lama jika disembur di atas pakaian.

4.EAU DE COLOGNE

EDC ini mempunyai konsentrasi yang kurang daripada EDT dan ketahanannya adalah lebih kejap berbanding yang lain. Harganya juga lebih murah berbanding yang lain. Seperti EDT, ketahanan baunya akan lebih lama jika di sembur pada kain atau pakaian.

5.EAU DE FRAICHE

Eu de Fraiche mempunyai konsentrasi yang paling rendah antara yang lain. Ia juga bermaksud ketahanannya juga bertahan kurang berbanding yang lain. Ia amat sesuai untuk mereka yang meminati minyak wangi yang berbau tidak terlalu kuat.

*Lepas ni nak beli perfume baru, boleh tahu mana yang tahan lama, mana yang tak. Kan?

Sumber: Acharr

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×