Hebahan

Rock & Louie ‘Balik Kampung’ – Kisah Adik-Beradik Harimau Siberia Pulang Ke Lost World Of Tambun

1
SHARES

Image B

Kakitangan Lost World Of Tambun mengalu-alukan kepulangan adik-beradik harimau Siberia, Rock dan Louie.

Selepas sedekad lamanya, mereka akan kembali ke tempat kelahiran dan bersatu dengan keluarga, termasuk Zulkafli Bin Shamsudin, penjaga zoo di Lost World Of Tambun yang telah menyambut kelahiran mereka dan menjaga mereka sewaktu mereka masih kecil.

Kedua-dua adik-beradik itu akan pulang ke Lost World Tiger Valley – taman yang dipenuhi kehijauan, pokok untuk mereka memanjat dan sungai untuk mereka berenang seumpama habitat semulajadi mereka. Para pengunjung boleh belajar dengan lebih lanjut tentang mereka berdua ini sewaktu pertunjukan harimau, dan menerusi program pendidikan, di mana pengunjung boleh bermesra dari jarak dekat dengan harimau tersebut.

 

Image A

“Tidak syak lagi, Sunway Lagoon akan merindui Rock dan Louie. Bertahun lamanya, kedua-dua mereka telah menambat hati kami. Namun, Lost World Of Tambun mahukan mereka pulang, dan ia bakal merupakan peristiwa  nostalgia bagi penduduk tempatan,” kata Calvin Ho, Pengurus Besar Kanan daripada Sunway Theme Parks.

Jom lawati Rock dan Louie di Lost World Of Tambun pada acara sambutan ‘Secrets of Raya’ yang akan datang, yang turut menampilkan makanan, kraftangan, permainan bersama keluarga, kebajikan dan banyak lagi yang akan menjadikan percutian anda sungguh bermakna. Dari Julai 6-10, orang ramai boleh menikmati keistimewaan beraya di sini, semuanya berlaku di Lost World Of Tambun Hot Springs dan Spa.

Image C

Waktu operasi adalah dari jam 11:00 pagi ke 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, 10:00 pagi ke 6:00 petang setiap hari Sabtu dan Ahad. Lost World Hot Springs dan Spa pula beroperasi dari 6:00 petang ke 11:00 malam setiap hari Isnin hingga Ahad. Taman akan ditutup setiap hari Selasa kecuali musim cuti sekolah dan cuti umum Malaysia.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman Facebook Lost World Of Tambun dan laman web: www.facebook.com/lostworldoftambun / www.sunwaylostworldoftambun.com atau hubungi taman di +605 542 8888.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×