Percutian

10 Tempat Penginapan & Homestay Menarik Di Janda Baik. Tak Sampai Sejam Dari KL

13.1K
SHARES

Janda Baik adalah antara lokasi popular, terutamanya untuk warga ibu kota mencari kedamaian dan mendekati keindahan alam. Di sinilah terdapat banyak mencari ‘port’ untuk mandi sungai, memancing, membuat aktiviti BBQ, bersantai bersama keluarga, dan menghirup udara segar. Memang nyaman!

Perjalanan memandu kereta ke Janda Baik melalui Lebuh raya Karak-Kuantan mengambil masa hanya kira-kira 45 minit dari ibu kota. Walaupun dekat, tak sahlah kalau tak bermalam sekali. Jadi, jom tengok tempat penginapan yang menarik ini.

10 Penginapan & Homestay Di Janda Baik Yang ‘Best’ Untuk Bercuti

1. Sailor Rest Resort

Apa yang menarik di Sailor Rest Resort ini adalah boathouseBayangkan, anda dapat menginap dalam sebuat bot yang dilengkapi dengan katil dan bilik air sendiri. Tentu unik kan?

Tapi kalau datang ramai-ramai, jangan risau. Di sini ada juga sebuah rumah banglo, 2 buah chalet ala kampung dan 2 buah chalet moden untuk disewakan. Semua ini berada dalam landskap yang indah – ada sungai, 3 kolam ikan, kebun, dan taman yang dijaga rapi.

Selain itu, ada juga disediakan khemah untuk aktiviti glamping yang lengkap dengan pelbagai fasiliti. Harga pun berpatutan. Seronok!

Harga: Banglo RM720 (4pax), Houseboat RM530 (2pax), Kampung Chalet RM250 (2 pax), Modern Chalet RM350 (2 pax), Glamping RM90/pax

Facebook: https://www.facebook.com/Sailorrest-Resort-151077521611790/

Laman Web: http://www.sailorrest.com/

Foto Kredit: sailorrest.com

Foto Kredit: sailorrest.com

Foto Kredit: sailorrest.com

Foto Kredit: sailorrest.com

2. D’Villa Janda Baik

D’Villa Janda Baik adalah antara tempat penginapan terbaru di Janda Baik yang patut anda terokai. Dengan suasana bukit yang sejuk dan terasing dari kesibukan kota, penginapan ini menonjolkan lagi keindahannya dengan rekabentuk tradisional yang diinspirasikan oleh alam semulajadi.

Ada bilik bertemakan Bali, Eropah, Rainforest, Kontemporari dan juga bilik Famili sebagainya untuk anda pilih di sini.

Yang paling best, tentulah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak berendam. Terdapat juga kemudahan BBQ, taman, serta tempat berkelah – semuanya berlatarbelakangkan pemandangan yang indah-indah.

Harga: Bermula RM200, bergantung kepada jenis bilik dan waktu puncak.

Telefon: 012-727 8319

Laman Web: https://playmanagement.com.my/d-villa/

Facebook: https://www.facebook.com/dvillajandabaik/

d villa janda baik

Foto Kredit: D’Villa Janda Baik

Foto Kredit: D’Villa Janda Baik

Foto Kredit: D’Villa Janda Baik

Foto Kredit: D’Villa Janda Baik

3. Seri Pengantin Resort

Resort Seri Pengantin juga terletak di lereng bukit yang mempunyai pemandangan memukau. Lokasinya memang sesuai dijadikan destinasi percutian bagi mereka yang ingin menikmati hujung minggu yang romantik, percutian bersama keluarga, mahupun sesi seminar bersama rakan sekerja.

Selain itu, terdapat juga kolam renang yang cukup luas selain perkhidmatan urut tradisional untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Air terjun pun ada!

Harga: Bermula RM119

Telefon: 0342701700 / 0196152150

Facebook: https://www.facebook.com/SeriPengantinResort/

Laman web: www.seripengantinresort.com.my

Foto Kredit: Seri Pengantin Resort FB

Foto Kredit: Seri Pengantin Resort FB

Foto Kredit: Seri Pengantin Resort FB

Foto Kredit: Seri Pengantin Resort FB

4. Chalet Mamapapa

Salah satu keistimewaan chalet ini adalah ia dikelilingi oleh pokok buah-buahan, dan antara yang paling popular tentulah durian. Ramai pengunjung suka menginap di sini kerana keramahan pemiliknya yang membuatkan kita berasa seolah-olah berada di kampung sendiri.

Selain itu, terdapat juga sungai semulajadi yang bersih, cetek dan kurang berbatu, sesuai untuk pasangan yang bawa anak-anak mandi. Oh ya, di sini juga ditawarkan aktiviti menaiki ATV mengelilingi trek yang disediakan, memang puas hati!

Harga: Bermula dari RM250 mengikut keluasan & bilangan katil.

Telefon: 019-368 8594

Facebook: https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/

homestay di janda baik

Foto Kredit: Chalet Mamapapa FB

Foto Kredit: Chalet Mamapapa FB

Foto Kredit: Chalet Mamapapa FB

Foto Kredit: Chalet Mamapapa FB

5. Ena’s Place

Dengan lokasi yang berhadapan dengan sungai, Ena’s Place menawarkan tempat penginapan dalam suasana kampung dan alam semulajadi sebenar.

Dengan suasana yang selesa, luas, dan bersih – homestay ini amat sesuai sebagai tempat beriadah dan berkumpul bersama keluarga mahupun gathering bersama rakan-rakan. Siap ada dusun dan sungai di belakang homestay. Nak camping pun boleh!

Harga: Bermula RM200 / bilik (1 queen bed & 1 single bed)

Telefon: 019-298 9818

Facebook: https://www.facebook.com/enasplacejb/

Foto Kredit: Ena’s Place FB

Foto Kredit: Ena’s Place FB

Foto Kredit: Ena’s Place FB

Foto Kredit: Ena’s Place FB

6. D’Hut At Janda Baik

Sesekali nak juga merasa suasana tinggal di dalam rumah kampung sebenar, kan? Sebab itulah orang kata rumah yang diperbuat daripada kayu ini takkan ditelan zaman. Mesti membuatkan anda mengimbau kembali memori di kampung suatu masa dulu.

Dengan dikelilingi kebun buah-buahan dan kolam ikan, D’Hut adalah pilihan terbaik bagi anda yang ingin bersantai menikmati keindahan alam semulajadi.

Selebihnya, biarlah gambar berbicara!

Harga: Bermula RM300 (6pax)

Telefon: 012-976 2526 (Azlan) / 017-391 4875 (Zulkarnain)

Facebook: https://www.facebook.com/dhutjandabaik

Foto Kredit: D’Hut at Janda Baik FB

Foto Kredit: D’Hut at Janda Baik FB

Foto Kredit: D’Hut at Janda Baik FB

Foto Kredit: D’Hut at Janda Baik FB

7. Saujana Janda Baik Homestay

Satu lagi ‘port’ yang sesuai untuk pencinta alam, Saujana Janda Baik Homestay juga menjadi antara pilihan popular pengunjung dari ibu kota mahupun yang datang dari jauh.

Tempatnya bersih, cantik, luas, tenang, mendamaikan, ia memberi privasi dan keselesaan. Ibu bapa tak perlu risau anak-anak mandi di sungai kerana ianya cetek dan tidak merbahaya. Keindahan ini semestinya akan menjadikan hujung minggu anda begitu bermakna.

Harga: Bermula RM500 (untuk keseluruhan homestay)

Telefon: 011-1221 4123

Facebook: https://www.facebook.com/SaujanaJandaBaik/

Laman Web: http://www.saujanajandabaik.com

Foto Kredit: Saujana Janda Baik

Foto Kredit: Saujana Janda Baik

Foto Kredit: Saujana Janda Baik

Foto Kredit: Saujana Janda Baik

8. Al-Sakinah Eco Resort

Ruang kediaman yang luas dan laman yang sangat cantik. Sesuai untuk keluarga besar. Boleh pilih daripada beberapa buah banglo yang berlainan kapasiti. Ada kolam ikan untuk anda memancing dan boleh juga mandi-manda di sini. Surau juga disediakan.

Ruang santai bersama keluarga sangat cantik dan menenangkan. Tak perlu pening kepala mencari tempat makan atau buat BBQ, terdapat pakej siap dengan makanan yang dimasak oleh pihak pengurusan.

Telefon: 016-215 8140

Facebook: https://www.facebook.com/Alsakinah/

Foto Kredit: Al-Sakinah Eco Resort FB

Foto Kredit: Al-Sakinah Eco Resort FB

Foto Kredit: Al-Sakinah Eco Resort FB

Foto Kredit: Al-Sakinah Eco Resort FB

9. Saufiville Boutique Resort

Satu lagi pilihan menarik bagi anda yang ingin bercuti, Saufiville Boutique Resort adalah tempatnya. Bunyi kicauan burung, udara yang segar, dan pemandangan sungai yang segar pastinya akan mengukir kenangan indah.

Paling menarik, terdapat kolam renang yang sangat luas dengan latarbelakang bukit-bukau yang memang rare! Sekalipun nampak ekslusif, sebenarnya anda boleh memilih antara 6 seleksi bilik yang terdapat di sini, serta 13 dorm yang  juga sesuai bagi percutian ekonomi.

Harga: Dorm bermula RM120, Bilik bermula RM260, Keseluruhan Banglo bermula RM1500.

Telefon: 01112360123

Facebook: https://www.facebook.com/saufiville/

Laman Web: http://www.saufiville.my/

Foto Kredit: Saufiville Boutique Resort FB

Foto Kredit: Saufiville Boutique Resort FB

Foto Kredit: Saufiville Boutique Resort

Foto Kredit: Saufiville Boutique Resort FB

10. Aman Rimba Private Estate

Rasanya tempat penginapan yang terakhir ini sudahpun agak popular di kalangan penggemar fotografi serta selebriti tanahair. Sesuai dengan namanya, Aman Rimba adalah tempat penginapan mewah tropika yang diselubungi kehijauan bak rimba. Terdapat 6 buah villa dalam kawasan seluas 3 ekar, setiapnya terletak secara strategik bagi memberi privasi kepada pengunjung.

Dengan rekabentuk senibina serta landskap yang berkonsepkan alam semulajadi, Aman Rimba juga menyediakan menu ala kampung dengan menggunakan ramuan segar dari laman mereka sendiri. Wah, tak hairanlah Aman Rimba dianugerahkan 2017 Certificate of Excellence oleh TripAdvisor!

Harga: Pakej termasuk makanan bermula RM4000 (untuk semua 6 buah villa)

Telefon: 019-383 0500

Facebook: https://www.facebook.com/amanrimba/

Laman Web: http://www.amanrimba.com/

Foto Kredit: Aman Rimba Private Estate FB

Foto Kredit: Aman Rimba Private Estate FB

Foto Kredit: Aman Rimba Private Estate FB

Foto Kredit: Aman Rimba Private Estate FB

Jom Bercuti, Dekat Je!

Dah puas cuci mata, apa lagi. Jomlah rancang percutian seterusnya bersama orang tersayang. Bukannya jauh sangat nak ke Janda Baik, tak sampai sejam pun dari Kuala Lumpur, kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×