Hebahan

Merancang Bercuti Di Janda Baik? Anani Villa Pasti Sesuai Buat Anda Sekeluarga

8.9K
SHARES

Bila waktu paling tepat untuk pergi retreat? Mestilah cuti sekolah! Maklumlah asyik terperap dengan kesibukan ibu kota. Sekali-sekala kena luangkan masa dengan alam semula jadi. Destinasi pilihan berdekatan Lembah Klang mestilah Janda Baik, Pahang.

Janda Baik semakin popular kerana kehijauan hutannya yang masih terpelihara dan udaranya yang segar. Air sungainya juga jernih dan dingin. Jika anda mahukan penginapan retreat terbaik di Janda Baik, kami mahu rekomen satu untuk anda.

Anani Villa, penginapan terbaik buat nature lover!

Sinilah tempatnya! Anani Villa merupakan penginapan terbaik yang patut anda pilih jika ke Janda Baik. Reka bentuk villa ni nampak ringkas, namun anda akan puas hati dengan persekitarannya yang sangat hijau. Segar mata memandang.

Nature lover mesti suka kalau menginap di Anani Villa. Flora dan fauna di sini sangat cantik dan unik. Udara pun segar. View daripada atas nampak indah dengan pepohon hijau. Baru namanya retreat ke alam semula jadi. Wuu..

Pemandangan yang cantik, sayangnya kalau anda tak bergambar di sini. Anani Villa ada banyak spot untuk anda bergambar. Jangan lepaskan peluang ni untuk posing puas-puas okay? Mesti penuh Facebook dan Instagram anda nanti. Wow!

Terletak hanya 45km dari Kuala Lumpur dan kurang setengah jam memandu ke sini, Anani Villa taklah jauh mana pun. Bilik penginapan apa yang ada kat Anani Villa? Jom kita intai sikit.

Bilik penginapan yang simple tapi selesa untuk didiami

Simple tapi selesa, itu yang kami boleh katakan tentang bilik di Anani Villa. Ada tiga jenis bilik penginapan iaitu Suite Junior, Bilik Container atau Asrama untuk anda menginap. Paling menarik, semuanya ada pemandangan hutan. Yay!

Kami paling tertarik dengan Bilik Container di Anani Villa. Dikelilingi dengan hutan, siap ada balkoni tau. Sarapan pun PERCUMA. Bayangkan tengah malam boleh dengar pelbagai bunyi serangga. Anda akan rasa seperti tidur dalam hutan. Fuh!

Kalau lebih 6 orang, pilihlah Asrama. Ada 4 jenis asrama dengan katil dua tingkat iaitu 6 katil, 8 katil, 12 katil dan 16 katil. Dahlah ada pemandangan hutan, sarapan pun percuma. Memang tak boleh tolak langsung.

Fasiliti yang lengkap, sesuai untuk team building

Nak buat aktiviti team building tapi tak suka ruang yang sempit? Anda tak perlu risau jika buat retreat di Anani Villa. Terdapat bilik seminar, cafe bistro dan ruang terbuka yang luas. Sesuai untuk anda buat aktiviti-aktiviti team building.

Anani Villa turut menawarkan game yang menarik untuk anda sertai. Antaranya 3D Minsweeper, Phua Chu Kang, Traffic Jam, Pipe Tower dan sebagainya. Anda patut cuba kerana game yang disediakan sangat bagus untuk memupuk semangat kerja berpasukan.

Malam-malam kalau takda aktiviti BBQ memang tak sah. Seperti yang kami bagitahu, Anani Villa ada open space yang luas. Anda juga boleh buat aktiviti BBQ pada waktu malam. Makan BBQ beramai-ramai memang seronok. Betul tak?

Aktiviti outdoor yang ekstrem & mencabar, ada berani?

Kaki lasak mesti suka pasal ni. Anani Villa juga menyediakan aktiviti-aktiviti outdoor yang ekstrem untuk anda cuba. Antaranya abseiling, air terjun, jungle trekking dan ATV. Servis yang diberikan tidak mengecewakan. Memang gempak!

Staf di Anani Villa akan menjaga keselamatan anda sebaik mungkin. Anda pasti akan seronok dengan aktiviti-aktiviti outdoor ni. Waktu inilah anda boleh tahu sejauh mana tahap keberanian anda. Ada berani? Hehe.

Eratkan hubungan dengan retreat di Anani Villa, boleh relaks sekali!

Nampak seronok kalau buat retreat di Anani Villa bukan? Selain mengeratkan hubungan, anda juga boleh bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Dah baca ni, macam nak terus booking untuk retreat seterusnya je. Seronoknya.

Nak tahu kat mana Anani Villa ni berada? Ni lokasinya.

ANANI VILLA
Lot 280, Jalan Tanarimba Sum Sum,
Kampung Janda Baik,
28750 Bentong, Pahang, Malaysia.
GPS: N 3.31879°, E 101.82146°
Google Map: View Google Map
Waze: Anani Villa

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh call atau Whatsapp pihak Anani Villa di talian +6016-203 6508/+6013-310 7411/+6012-288 6662. Anda juga boleh email ke [email protected].

Nak buat retreat beramai-ramai di Anani Villa? Klik sini untuk dapatkan info lebih lanjut tentang bilik, tempahan dan sebagainya. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page Anani Villa untuk dapatkan perkembangan terkini mereka.

Jom retreat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×