Dapur

Cara Buat Pes Tomyam Homemade ‘Kaw’ Macam Di Thailand, Boleh Buat Stok Bulan Puasa

418
SHARES

Tomyam sudah semestinya merupakan juadah dari negara Thailand yang popular di negara kita. Boleh dimakan dan digandingkan bersama nasi tidak kira waktu, juadah ini pastinya sangat digemari oleh orang ramai. Namun, bukan semua orang boleh masak tomyam sama seperti apa yang kita pesan di restoran Thailand kan?

Jadi, apa kata anda buat sendiri pes tomyam di rumah supaya bukan sahaja rasanya akan sama macam apa yang dimakan di Thailand, tapi kebersihan pes tomyam itu pun tidak diragui. Bulan puasa pun dah nak dekat, jadi kita boleh buat pes tomyam ini sebagai stok!

BAHAN-BAHAN

Semua bahan di kisar halus kecuali gula kabung :

*Bahan banyak ni boleh dapat 3 botol kecil

*Kalau nak buat sikit, bahagi 3 setiap bahan

*Buat lebih boleh simpan

*Boleh juga ganti belacan dengan udang kering

*Buang urat tengah daun limau, kalau tak nanti pes rasa pahit

MACAM MANA NAK BUAT PES NI?

1. Tumis cili kisar dulu

2. Sos ikan dan asam jawa. Rasa tertanya kenapa tak guna limau nipis?? Boleh juga ganti dengan jus limau nipis.

3. Gaul sebati semua bahan. Masak lebih kurang 45 minit ke 1 jam sehingga pecah minyak. Api perlahan kalau tidak jenuh sental dapur terpercik minyak serata alam.

4. Daun tu saya letak sebab nak ambil gambar. Nak simpan nanti buang daun tuu, jangan letak situuu. 3 botol stok puasa. Kut sampai puasa lahh. Nak masak hanya perlu tambah seafood atau ayam dan sayuran tapi bahan asas tomyam jangan dilupakan serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis dan daun limau purut wajib ada.

*Boleh buat stok bulan puasa!

Sumber : Shamliah Ibrahim

Most Popular

To Top