Penkek satu benda yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Malaysia dan resipi penkek ini sudah mempunyai pelbagai variasi, kaedah dan perbezaan. Hal ini kerana mereka ingin mempelbagaikan makanan penkek, orang mula bereksperimen dan menyesuaikannya dengan citarasa mereka sehingga mempopularkan hidangan ini dengan lebih jauh.
Alang-alang makanan itu merupakan makanan kegemaran, tidak salahnya jika meletakkan sesuatu yang boleh menyehatkan tubuh badan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Baca juga: Tak Pandai Pilih Sayur? Ini Cara Terbaik Pilih Sayur-Sayuran Di Pasar Terutama Buat Generasi Muda
RESIPI SIHAT BUAT PENKEK THE HIJAU
Tak guna tepung putih. Tapi guna rolled oats. Elok untuk yang jaga berat. Bantu kenyang lebih lama. Kaya beta-glucan-bantu turunkan kolesterol dan gula dalam darah.
Untuk topping, boleh tambah madu, yogurt, blueberi dan kacang. Ikut selera sendiri. Memang merecik pekena masa breakfast. Bahan mudah nak dapat.
Bahan-bahan:
- Susu segar
- Madu
- Ekstrak vanila
- Rolled oats
- Serbuk teh hijau
- Telur
- Serbuk penaik
- Sedikit garam bukit
- Minyak zaitun extra virgin (sapu pada kuali)
Caranya pun mudah.
1. Campur semua bahan basah kecuali minyak zaitun dalam pengisar. Kisar.
2. Kemudian, masukan bahan kering dan kisar lagi sekali.
3. Pastikan adunan lembut. Biarkan adunan seketika.
4. Panaskan kuali leper guna api sederhana. Sapu sedikit minyak zaitun.
5. Cedok adunan guna senduk. Tuang dan biarkan setiap sisi selama 1-2 minit.
6. Terbalikkan dan angkat bila dah tukar warna perang.
Mudah bukan? Anak anak confirm suka. Kalau nak khasiat lagi berganda-ganda. Boleh tambah sayur hijau. Bila dah kisar, jadi tak nampak lah ada sayur dalam itu.
Bolehlah cuba.
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar