Dapur

Bosan Makan Nasi Putih? Jom Buat Butter Rice Ala KFC Guna Susu Segar Yang Lebih Sihat!

5.6K
SHARES

“Bosan la selalu makan nasi putih je, nak buat beriyani macam susah pula. Nasi apa lagi yang senang?”

Anda pernah tak makan nasi mentega atau butter rice? Salah satu lokasi yang menawarkan pilihan butter rice yang sedap adalah di restoran makana segera seperti KFC. Bukan sahaja nasi ini digemari oleh orang dewasa kerana rasa dan bau yang wangi, malah nasi ini juga pastinya dapat memikat selera anak-anak.

Tidak lama lagi kita bakal masuk ke bulan Ramadan, jadi apa kata anda cuba pula ubah selera dengan buat butter rice sebagai pengganti nasi putih biasa? Memang anak-anak dan seisi keluarga akan suka!

MACAM MANA NAK BUAT BUTTER RICE?

1. Firstly, cairkan butter of course.. Untuk beras 6 pot (yang plastik tu) saya guna setengah buku butter anggaran 125g.

2. Masukkan bahan kisar (bawang besar 1 biji, 4-5 ulas bawang putih, 2-3cm halia) & serai yang diketuk. Boleh juga masukkan daun pandan jika suka. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan. Lagi best guna beras Basmathi..tapi dalam gambar ni saya guna beras biasa je..
Goreng selama 1-2 minit.

4. Masukkan susu segar @ krimer sejat anggaran 1 1/2 cawan (Saya prefer susu segar berbanding krimer sejat & saya hanya guna 3 brand ni shj..Farm fresh @ Marigold @ Gooday. Ada kesempatan nanti saya share kenapa saya hanya guna 3 brand tu..Insya Allah)

5. Gaul sebati & tutup api.

6. Alihkan ke dalam periuk nasi @ kalo nak guna noxxa pun boleh..set je setting macam masak nasik biasa tu.

7. Tambah air & garam secukupnya. Saya suka letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih ummph.

8. Tadaaaa…ginilah rupa kejadiannya.. Wangi semerbak bau Nasi Mentega ni.. Buat untuk anak-anak pasti dorang suka.

Sumber : Ismi Yatie Ummu Haziq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×