Dapur

Jangan Buang Lebihan Nasi Semalam, Boleh Buat Keropok Tau! Sedapnya

375
SHARES

Lebihan nasi semalam selepas bersahur ada lagi, nak buat apa ya? Ha! Dari dibiarkan begitu saja, apa kata cuba buat keropok nasi menggunakan lebihan nasi tersebut. Bukan itu sahaja, resipi ini didatangkan khas dari Indonesia pula tu. Hal ini kerana, keropok nasi ini agak popular juga di sana. Jadi, jom kita cuba buat keropok nasi yang mudah ni, boleh juga makan dengan nasi berlaauk atau nasi kerabu ketika berbuka puasa kan?

giphy.com

CARA HASILKAN KEROPOK NASI

Bahan-bahan

http://www.mssnaturalbeauty.com/

1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulasbawang putih
1 sdt ketumbar
1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. Hiris nipis
Garam secukup rasa
Stok ayam/ kiub ayam

Langkah-langkahnya

1. Blend nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus
2.Masukkan garam, irisan daun bawang, kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
3. Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
4. Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
5.Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.

INILAH HASILNYA!

www.facebook.com/groups

Selamat mencuba!

Sumber :Mia Faiza (Kredit resepi: Fauziah Khary..resepi dari Indonesia)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×